Harian Metro

Perancanga­n enam bulan buah hasil

- Reuters

Ketenangan ketua pasukan Sweden, Andres Granqvist menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-65 membantu negaranya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Nizhny Novgorod malam tadi.

Sepakan penalti berkenaan diberikan apabila pengadil perlawanan dari El Salvador, Joel Aguilar melihat kembali ulang tayang hasil teknologi video bantuan pengadil (VAR) selepas pemain gantian, Kim Min Woo melakukan kekasaran terhadap Viktor Claesson pada minit ke-62.

Kedua-dua pasukan dilihat terdesak mencari kemenangan selepas Mexico melakukan kejutan ke atas juara bertahan, Jerman dalam perlawanan pertama untuk kumpulan sama, awal pagi semalam.

(gambar)

Sebelum itu, Sweden yang pernah meraih tempat ketiga di Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, memperoleh peluang terbaik untuk menjaringk­an gol pada minit ke-20, namun percubaan Marcus Berg dalam petak penalti berjaya diselamatk­an penjaga gol Korea Selatan, Cho Hyun Woo.

Seminit kemudian pasukan bimbingan Janne Andersson sekali lagi memperoleh peluang terbaik, namun tandukan Ola Toivonen yang berpunca dari sepakan penjuru tersasar keluar.

Pada minit ke-29, Korea Selatan kehilangan pertahanan kiri berpengala­man, Park Joo Ho yang mengalami kecederaan dan memberi peluang kepada Min Woo untuk mengisi kekosongan.

Sebaik bersambung babak kedua, Korea Selatan cuba mencari jaringan sulung dan peluang terbaik hadir pada minit ke-52 namun tandukan pemain yang berpangkal­an di Jerman, Koo Ja Cheol hanya mengenai tepi jaring selepas menyambut hantaran lintang Min Woo.

Empat minit berselang, Toivonen mempunyai peluang untuk menghadirk­an ancaman kepada Korea Selatan, namun dia masih buntu untuk menumpaska­n Hyun Woo yang sentiasa berada pada kedudukan terbaik bagi menggagalk­an percubaan pemain Sweden.

Bagaimanap­un, penantian Sweden berakhir apabila mereka dihadiahka­n penalti oleh Aguilar berdasarka­n daripada VAR selepas Min Woo melakukan kekasaran terhadap Viktor Claesson pada minit ke-62.

Granqvist yang ditugaskan untuk mengambil sepakan berkenaan tidak berdepan masalah memperdaya­kan Hyun Woo. Moscow: Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio mendedahka­n kejayaan anak buahnya menewaskan juara bertahan, Jerman 1-0 dalam aksi sulung Piala Dunia adalah hasil daripada perancanga­n yang dilakukan selama enam bulan.

Selain itu, beliau turut memberitah­u pemainnya agar menerapkan mentaliti bermain untuk menang berbanding takut untuk kalah.

“Kami mula membuat perancanga­n sejak enam bulan lalu, kami dapat menukar beberapa bahagian disebabkan kecederaan tetapi secara asasnya adalah kami menggunaka­n pemain yang pantas di bahagian sayap.

“Kami memutuskan untuk memberi kepercayaa­n itu kepada Hirving Lozano (penjaring gol kemenangan) kerana dia adalah pemain yang pantas. Kami tampil dengan corak serangan pantas dan mempunyai beberapa peluang bagi membuka tirai jaringan lebih awal sebenarnya,” kata Osorio.

Pengendali dari Colombia itu memuji kesungguha­n yang ditunjukka­n pemainnya dan turut memberitah­u kepada media yang beliau sanggup bertanggun­gjawab di atas semua kritikan yang dilemparka­n.

Osorio berkata beliau cuba untuk melindungi pemainnya daripada kritikan bagi membolehka­n mereka fokus sepenuhnya terhadap perlawanan.

“Kata-kata semangat yang digunakan adalah bermain untuk menang dan tidak takut untuk kalah. Saya cuba untuk meletakkan semua tekanan di atas bahu saya bagi membolehka­n pemain benar-benar fokus terhadap perlawanan.

“Mereka bersaing dengan baik dan mereka bertahan seperti menyelamat­kan hidup mereka. Jika kami menang, kredit perlu diberikan kepada pemain dan jika kalah saya bertanggun­gjawab sepenuhnya... itulah dunia bola sepak,” katanya. - AFP

 ??  ?? PEMAIN Korea Selatan, Kim Min-woo mengasari pemain Sweden, Viktor Claesson.
PEMAIN Korea Selatan, Kim Min-woo mengasari pemain Sweden, Viktor Claesson.
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN tengah Mexico Hector Herrera (kiri) meraikan kemenangan dengan Osorio (tengah).
PEMAIN tengah Mexico Hector Herrera (kiri) meraikan kemenangan dengan Osorio (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia