Harian Metro

DANA WAN KUTIP RM11,000

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

 Kementeria­n Pendidikan komited bantu rakyat Malaysia

Gunakan semua saluran yang ada dan Kementeria­n Pendidikan komited untuk membantu rakyat Malaysia dengan memberi peluang berdasarka­n keperluan.

Itu kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai laporan muka depan Harian Metro, semalam yang memaparkan kisah pelajar pintar Malaysia, Wan Abdul Rahman Wan Idrus, 20, yang menghadapi masalah kewangan membayar tunggakan yuran bagi meneruskan pengajiann­ya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia di Universiti Nottingham, United Kingdom.

Menurutnya, pihaknya menggalakk­an mahasiswa menggunaka­n semua saluran yang berkemungk­inan termasuk meminta bantuan daripada rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk membantu selain saluran sedia ada.

“Saya menggalakk­an semua pelajar menggunaka­n semua ruang termasuk kemurahan hati rakyat Malaysia untuk membantu.

“Sebagai kerajaan, kami komited memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengikut keperluan,” katanya.

Wan Abdul Rahman memerlukan 6,800 pound sterling (RM36,000) bagi membayar tunggakan yuran, sekali gus meneruskan pengajian ke tahun dua di Universiti Nottingham.

Dia terpaksa merayu sumbangan orang ramai menerusi laman web gofundme.com sebagai jalan terakhir untuk meneruskan pengajian yang kini digantung kerana kegagalann­ya membuat bayaran tunggakan yuran itu.

Sementara itu, ibunya, Noor Dzuhaidah Osman berkata, dia sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak membantu anaknya menyambung pengajian di universiti berkenaan.

Katanya, beberapa pihak termasuk wakil rakyat tampil memberi sokongan dan dia akan menggunaka­n saluran sedia ada untuk mendapatka­n dana.

“Ada menghubung­i saya untuk membantu termasuk seorang wakil rakyat yang menawarkan bantuan menerusi tabung pendidikan negeri berjumlah RM1,000. Saya akan mengisi borang untuk mendapatka­nnya.

“Terima kasih juga kepada Harian Metro menyiarkan kisah anak saya,” katanya.

Sehingga jam 4.30 petang semalam, mereka memungut dana RM11,000 dan Wan Abdul Rahman masih memerlukan RM25,000 lagi untuk dijelaskan yuran sebelum semester bermula September ini.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ?? DR Maszlee
DR Maszlee
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia