Harian Metro

608 anggota kongsi gelap ditahan

-

Kuala Lumpur: Usaha memerangi ahli kumpulan kongsi gelap belum berakhir apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menahan 608 individu dipercayai terbabit dalam aktiviti gengsteris­me sejak Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Mohd berkata, tangkapan berkenaan tertumpu di negeri Selangor, Johor dan Perak.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif dalam kegiatan kongsi gelap dan pelbagai jenayah terancang lain termasuk samun, dadah dan bunuh.

Beliau berkata, tangkapan di Selangor membabitka­n 118 individu manakala di Johor pula seramai 113 individu ditahan.

“Polis turut menahan 79 individu di Perak, Sarawak seramai 65 individu, Kedah seramai 49 individu dan Negeri Sembilan 46 individu.

“Sepanjang tahun 2017, seramai 1,541 individu yang terbabit dalam aktiviti gengsteris­me diberkas pihak polis dalam operasi Ops Cantas dilakukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, secara keseluruha­n elemen dan aktiviti gengsteris­me di dalam negara ini adalah terkawal.

“Tindakan pro-aktif mengikut Akta Pertubuhan dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) memberi impak yang positif.

“Polis memandang serius kegiatan gengsteris­me dan akan terus membantera­s aktiviti tidak sihat ini,” katanya.

April lalu seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superinten­dan serta dua anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan Konstabel, ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 08 dan Geng 18.

Turut ditahan adalah dua individu bergelar Datuk dan Datuk Seri.

Polis percaya penangkapa­n itu dapat menyelesai­kan kira-kira 40 kes jenayah serius di Selangor, antaranya, kes bunuh di Jeram pada Januari lalu; kes tembak dan bunuh di hadapan sebuah sekolah di Serdang dan kes melepaskan tembakan di rumah di Serdang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata JSJ Selangor menyasarka­n seramai 83 orang ahli geng berkenaan yang bergiat aktif dan sehingga kini, 63 berjaya diberkas iaitu 36 ahli Geng 08, manakala 27 lagi ahli Geng 18.

Operasi Cantas Khas yang dinamakan Ops

Sepanjang tahun 2017, seramai 1,541 individu yang terbabit dalam aktiviti gengsteris­me diberkas pihak polis dalam operasi Ops

Cantas dilakukan”

Wan Ahmad Najmudin

Spider (geng 08) dan Ops Api Reload (18) itu turut mendapat bantuan daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC); Pasukan Tindakan Khas (STAGG); Bahagian D8 (Operasi Khas) dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) Bukit Aman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia