Harian Metro

Nyaris buta muka disambar belerang

-

Kota Bharu: Keseronoka­n seorang murid tahun dua menyambut Aidilfitri bertukar tragedi apabila cedera pada muka dan mata akibat disambar belerang daripada mercun bola yang dibakarnya di Kampung Badang, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 12.30 tengah hari berlaku ketika Abdullah Fahmi Mohd Fadzil, 8, dikatakan bermain mercun di rumah datuknya bersama rakan dan sepupunya.

Mangsa dipercayai mencucuh api ke kertas mengandung­i serbuk belerang yang diambil daripada mercun bola dan secara tiba-tiba menyambar mukanya.

Akibatnya, kedua-dua mata dan muka serta ibu jari tangan kanan mangsa cedera.

Ibunya, Wan Norliha Wan Mohamed, 38, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah sebelum dikejutkan dengan panggilan adiknya menyuruhny­a ke hospital segera kerana anak bongsu daripada lima beradik itu terkena mercun.

“Saya difahamkan dia mengubah suai mercun dengan mengeluark­an belerang mercun bola dan meletakkan di atas kertas.

“Ketika mencucuh api ke belerang itu, api menyambar mukanya dan jari tangan kanan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, semalam.

Menurutnya, ahli keluarga yang lain menyedari kejadian itu selepas anaknya menangis akibat pedih di mata sebelum membawanya ke hospital.

Katanya, doktor yang merawatnya memberitah­u api menyambar kedua-dua mata tetapi kecederaan mata sebelah kiri lebih serius.

“Saya bersyukur kerana matanya tidak buta, namun doktor menjalanka­n rawatan lanjut,” katanya.

Ini adalah mangsa ketiga mercun berlaku di negeri ini sejak Ramadan lalu hingga sekarang.

 ??  ?? ABDULLAH Fahmi cedera pada muka dan mata akibat disambar belerang daripada mercun bola.
ABDULLAH Fahmi cedera pada muka dan mata akibat disambar belerang daripada mercun bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia