Harian Metro

Dua minggu dapat RM5,000

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my Kota Bharu

Seramai 10 orang daripada dua keluarga yang mengemis di Padang Bank, di sini sejak dua minggu terakhir Ramadan ada sebab untuk bergembira pada Aidilfitri lalu.

Kegembiraa­n terserlah pada wajah mereka termasuk tiga kanak-kanak apabila mengumpul wang lebih RM5,000 sumbangan orang ramai.

Semua mereka yang berasal dari Bachok mula mengemis pada 3 Jun lalu di beberapa lokasi sekitar Padang Bank dan berakhir pada pagi Aidilfitri.

Menurut ketua keluarga itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah, mereka terpaksa meraih simpati orang ramai kerana tidak berdaya mencari wang membeli baju raya dan menyediaka­n makanan untuk persiapan menyambut hari lebaran itu.

“Kami sanggup datang dari Bachok kira-kira 50 kilometer dari sini untuk meminta derma daripada orang ramai. Kami tidak kisah tidur di kaki lima masjid dan meneruskan semula meminta sedekah keesokan hari asalkan dapat duit.

“Alhamdulil­lah, kami dapat bawa balik sejumlah wang untuk perbelanja­an nanti,” kata ibu kepada lapan anak yang membawa semua anaknya berusia tujuh hingga 18 tahun untuk mengemis.

Selain anak, ibu tunggal berusia 48 tahun itu turut membawa cucunya berusia tujuh bulan.

“Kami mula ke sini sejak lima tahun lalu selepas kematian suami. Saya tak mampu mencari wang untuk perbelanja­an keluarga termasuk lima anak yang masih belajar.

“Anak perempuan saya ialah ibu tunggal yang bekerja di sebuah kedai makan di Bachok. Pendapatan­nya kecil hanya cukup untuk diri dan anak perempuann­ya saja,” katanya.

Keluarga itu antara ratusan pengemis yang ditemui meminta sedekah di Padang Bank dan kawasan sekitar sepanjang Ramadan lalu.

 Dua keluarga mengemis di Padang Bank pada Ramadan untuk belanja sambut raya

 ?? Kak Yah ?? Kami tidak kisah tidur di kaki lima masjid dan meneruskan semula meminta sedekah keesokan hari asalkan dapat duit” DUA keluarga yang mengemis
di Padang Bank, di sini sejak dua minggu terakhir Ramadan.
Kak Yah Kami tidak kisah tidur di kaki lima masjid dan meneruskan semula meminta sedekah keesokan hari asalkan dapat duit” DUA keluarga yang mengemis di Padang Bank, di sini sejak dua minggu terakhir Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia