Harian Metro

‘Hidup saya tak lengkap tanpa isteri’

-

Maran: “Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkina­n akan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Namun, undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang,” demikian luahan Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan, berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, di sini, Ahad lalu.

Muhammad Rizal berkata, dia akan mendapatka­n nasihat dan pandangan daripada sanak-saudara termasuk keluarga sebelah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhka­n hukuman atau menarik semula laporan.

Katanya, dia turut mengesahka­n kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Sedangkan Allah memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya.

“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.

“Dia (isteri) memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya ketika ditemui di rumah di sini, semalam.

Sementara itu, ketika pengebumia­n jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13, Isnin lalu, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.

Dalam kejadian itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.

Suspek mengelar anaknya selepas membawanya masuk ke dalam bilik sebaik selesai membaca al-Quran di dalam sebuah bilik lain.

Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik melakukan pemeriksaa­n.

Wanita itu kini ditahan reman seminggu bermula Isnin lalu di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia