Harian Metro

Suspek, mangsa main bersama

-

Kuala Lumpur: Suspek yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang maut ditikam 30 kali di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin, sempat bermain dengan adik mangsa sejurus membunuh mangsa.

Terdahulu, suspek juga didakwa bermain dengan mangsa di tingkat bawah rumah teres dua tingkat berkenaan sebelum disyaki menikam mangsa bertubi-tubi menggunaka­n objek tajam.

Sebelum kejadian, suspek bersama mangsa dan nenek kanak-kanak itu berada di tingkat bawah, manakala ibu mangsa bersama adik mangsa tidur di tingkat atas.

Nenek mangsa bagaimanap­un keluar meninggalk­an mangsa bersama suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek berusia 21 tahun itu tidak tinggal bersama mangsa dan keluargany­a di rumah berkenaan.

“Dia datang ke rumah itu bersendiri­an dengan memandu kereta. Ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa berada di rumah.

“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya.

Beliau berkata, nenek mangsa kemudian keluar dari rumah sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian.

“Dia menemui mangsa di dalam stor dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Keluarga itu meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, di sini. Doktor yang melakukan pemeriksaa­n menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunaka­n objek tajam pada badan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan seorang lelaki di lokasi kejadian jam 9.45 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia