Harian Metro

BERTEMBUNG KETIKA MEMOTONG

- Gua Musang Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

 Tiga beranak maut, empat parah dalam kemalangan dua kereta

Tiga beranak maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitka­n kereta Proton Saga dan Proton Wira di Kilometer 55, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang kereta Proton Saga, Ibrahim Mat Rifin, 61, dan isterinya, Mahani Mohd Nasir, 58, yang parah di kepala dan badan.

Sementara anak perempuan mereka Rosinani Ibrahim, 35 meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) jam 5.15 pagi semalam selepas 12 jam menerima rawatan.

Mangsa lain yang parah ialah seorang lagi anak mangsa yang juga pemandu kenderaan itu, Nur Farain, 26; pemandu kereta Proton Wira, Mohamad Faris Junuh, 22, dan dua penumpangn­ya, Muhamad Nurazman Nordin, 19, serta Mohamad Izaman Mohd Zulkifli, 21.

Semua mereka kini sedang menerima rawatan di HGM.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian berlaku jam 5 petang ketika kereta Proton Saga dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, kereta dinaiki sekeluarga itu cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan kereta dinaiki tiga sahabat itu dari arah bertentang­an.

“Akibat pertembung­an itu kedua-dua kereta remuk menyebabka­n pasangan suami isteri yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang anak mereka Rosinani turut parah di kepala dan badan meninggal dunia jam 5.15 pagi ini (semalam) di HGM selepas 12 jam kejadian berlaku,” katanya.

Mohd Taufik berkata, tiga mangsa yang maut itu berasal dari kawasan perindustr­ian Semambu, Kuantan, Pahang manakala tiga sahabat yang parah itu tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 1, Gua Musang.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan kemalangan di siasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987.

Mohd Taufik turut menyifatka­n kemalangan itu paling teruk musim perayaan Aidilfitri kali ini dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

 ??  ?? KEADAAN kereta
selepas kemalangan di Kilometer 55, Jalan Gua MusangKual­a Krai.
KEADAAN kereta selepas kemalangan di Kilometer 55, Jalan Gua MusangKual­a Krai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia