Harian Metro

Raungan sengsara penumpang tersepit

-

Gombak: “Jeritan penumpang bas ekspres meraung meminta tolong kedengaran sebaik anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasuki ruangan dalam bas yang terbalik itu,” ujar komander operasi APM, Kolonel PA Lokman Hakim Abdul Rahman.

Dia antara anggota penyelamat yang tiba awal di lokasi nahas membabitka­n sebuah bas ekpres yang terbalik sejurus merempuh pembahagi jalan di Kilometer 33.5, Lebuhraya Karak menghala ibu kota.

Dalam nahas jam 6.30 petang semalam, salah seorang penumpang bas itu maut akibat kecederaan parah manakala dua penumpang tersepit.

Difahamkan 10 pagi penumpang dan pemandu bas cedera ringan.

Lokman berkata, anggota APM segera membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit dan cedera akibat kemalangan itu.

“Bas itu dinaiki 42 penumpang termasuk pemandu bas. Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas cuti berhari raya Aidilfitri.

“Salah seorang mangsa dilihat tersepit di tempat duduk bahagian belakang pemandu bas ekspres. Usaha mengeluark­an mangsa berdepan kesukaran berikutan kedudukann­ya yang berada di bawah kerusi,” katanya.

Menurutnya,semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar menaiki ambulans ke Hospital Selayang.

“Ada antara mangsa mengalami patah tangan dan patah kaki akibat kemalangan bas itu,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan

Salah seorang mangsa dilihat tersepit di tempat duduk bahagian belakang pemandu bas ekspres. Usaha mengeluark­an mangsa berdepan kesukaran berikutan kedudukann­ya yang berada di bawah kerusi”

Penyelamat Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itupada jam 6.34 petang.

“Satu jentera bomba dan satu kenderaan Perkhidmat­an Anggota dan Penyelamat Paramedik (ERMS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n operasi menyelamat mangsa.

“Kemalangan dipercayai terjadi apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,”katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang mangsa meninggal dunia, dua mangsa parah akibat tersepit.

Jurucakap

 ??  ?? KEMALANGAN dipercayai terjadi apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
KEMALANGAN dipercayai terjadi apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat berusaha menyelamat­kan mangsa bas ekspres terbalik di Kilometer 33.5, Lebuhraya Karak
ANGGOTA penyelamat berusaha menyelamat­kan mangsa bas ekspres terbalik di Kilometer 33.5, Lebuhraya Karak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia