Harian Metro

Alunan Faiz Rasul

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Penjaga bangunan warga Pakistan isi masa terluang baca, hafaz al-Quran di tempat kerja sejak lapan tahun

Sejak lapan tahun lalu, kelibatnya boleh dilihat di sekitar Jalan Rahmat, di sini, kerana dia menjaga bangunan komersial di situ.

Sesekali terdengar suara orang membaca al-Quran untuk satu tempoh masa yang agak lama, namun tidak ramai yang tahu alunan itu adalah daripada warga Pakistan, Faiz Rasul, 40.

Dia bukan saja membaca, malah menghafaz al-Quran biarpun ketika mengisi masa terluang sebagai penjaga bangunan berkenaan sejak 2010.

Katanya, dia yang menghafaz al-Quran sejak berusia 15 tahun menggunaka­n ruang yang ada untuk memperbaik­i bacaan, menyemak hukum tajwid serta memastikan bacaan tepat bagi mengelakka­nnya terlupa.

“Setiap hari saya hanya berada di sini. Menjaga bangunan seperti diarahkan majikan serta menunjuk arah kepada pelawat yang ingin berurusan di bangunan ini.

“Jika ada kelapangan, saya akan baca tiga hingga lima juzuk sehari bergantung kepada keadaan. Alhamdulil­lah, saya dapat gunakan peluang ini untuk beribadat,” katanya.

Faiz berkata, sepanjang bekerja di Malaysia, dia mendapati suasana di negara ini begitu sesuai untuk umat Islam menyuburka­n budaya membaca al-Quran sama ada di rumah atau masjid. Katanya, suasana di negara ini tidak seperti di sesetengah tempat di mana al-Quran hanya dibaca pada majlis tertentu dan ketika Ramadan saja. “Saya di sini pun dapat baca al-Quran tanpa gangguan. Setiap hari saya cuba luangkan masa untuk memperelok bacaan kerana apabila sudah hafal, rugilah kalau kita tinggalkan.

“Kebetulan kerja saya pun tunggu saja, tak susah pun. Jadi saya akan bawa bersama dua naskhah al-Quran dan baca berulang-ulang kali,” katanya yang mengambil masa empat tahun untuk menyempurn­akan hafazan dengan dibantu mudir di sebuah madrasah di Lahore, Pakistan.

Menurutnya, masyarakat sekitar juga tidak pernah mengganggu dia ketika membaca, malah ada juga orang bukan Islam akan berhenti untuk mendengar bacaannya ketika melalui kawasan itu.

“Insya-Allah, selagi saya boleh cari rezeki di sini, saya akan tetap berada di sini dan hidup begini. Saya hanya mahu menyara keluarga di Pakistan, selebihnya saya serah kepada Allah,” katanya.

 ??  ?? FAIZ membaca al-Quran di tempat kerjanya di Jalan Ipoh.
FAIZ membaca al-Quran di tempat kerjanya di Jalan Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia