Harian Metro

Kontrovers­i jejas reputasi sebagai ADUN

-

Petaling Jaya: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad dipalit kontrovers­i apabila tular di Facebook beliau terbabit penipuan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kolej Vision Kelana Jaya (Kolej Vision).

Beliau yang juga doktor pakar sakit puan bagaimanap­un menafikan berita yang tular itu dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, jam 7 petang kelmarin, bagi membolehka­n siasatan dilakukan.

Menurutnya, berita ditularkan itu menjejaska­n reputasiny­a sebagai wakil rakyat dan doktor pakar sakit puan, malah turut percaya ia mempunyai agenda tersembuny­i berikutan pencalonan­nya sebagai Menteri Besar Selangor.

“Selepas menyemak dengan pengurusan Kolej Vision, saya difahamkan kolej ini tidak pernah ada masalah. Apatah lagi salah laku berkaitan PTPTN atau Kementeria­n Pendidikan Tinggi sejak ia dibuka pada

Julai 2005,” kata- nya di rumahnya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kolej Vision, Datuk Lee Wee Loong.

Dr Idris berkata, dia hanya mengetahui berita itu melalui pada jam 3 petang kelmarin dan mendakwa ia turut disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

“Ini dakwaan serius dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya demi membersihk­an nama saya serta menghentik­an sama sekali perbuatan fitnah ini.

“Saya juga sudah membuat susulan laporan kes ini ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,” katanya.

 ??  ?? DR Idris
DR Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia