Harian Metro

Ikrar Amirudin

-

Klang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di sini, semalam.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan­nya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Amirudin turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu beliau penuhi serta patuhi sepanjang memegang jawatan itu.

Antara Aku Janji itu ialah menyimpan rahsia perbincang­an bersama baginda sultan dengan pihak luar, menjunjung tinggi rukun negara, memelihara serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat serta menghormat­i agama lain, memelihara institusi raja daripada dicaci serta diganggu, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentinga­n sah kaum lain, melaksanak­an tugas dengan penuh integriti serta bertanggun­gjawab serta memastikan kemakmuran negeri ini ditahap tertinggi.

Pada istiadat sama, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah turut berkenan mengurniak­an surat cara pelantikan kepada Rodziah Ismail sebagai Exco kerajaan negeri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Amirudin.

Amirudin sebelum ini ialah Exco Pemberdaya­an, Generasi Muda dan Sukan, Pembanguna­n Usahawab, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia