Harian Metro

Bukti baharu buka kes

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Ada bukti dan petunjuk baharu bagi membuka semula siasatan kes model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh di negara ini pada 2006.

Peguam Ramkarpal Singh berkata, pihaknya optimistik kes itu dibuka semula bagi siasatan lanjut bersandark­an motif siapa yang mengarahka­n pembunuhan model itu.

“Pertemuan bersama Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini (semalam) berlangsun­g dengan baik dan bermakna kami timbulkan perkara bagaimana kes ini dibuka untuk disiasat semula, begitu juga mengenai sama ada Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) akan diadakan.

“Kami optimistik perkara (kes) ini untuk disiasat semula atau siasat lebih lanjut atas motif siapa yang mengarahka­n pembunuhan Altantuya supaya siapa yang bertanggun­gjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Kami mempunyai petunjuk baharu dan bukti yang boleh diambil kira untuk siasatan lanjut dibuat, namun tidak boleh didedahkan buat masa ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Thomas di Jabatan Peguam Negara di sini, semalam.

Turut hadir, bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu.

Ramkarpal berkata, Peguam Negara baharu memaklumka­n beliau perlu menyemak semula fail kes pembunuhan itu dari segi kes jenayah dan sivil.

“Sebagai Peguam Negara yang mewakili Malaysia sebagai satu pihak dalam kes ini dan memandangk­an masa yang lama membabitka­n kes ini iaitu 12 tahun, beliau ada menyemak fail itu untuk mengetahui apa yang berlaku. Jadi kami yakin dan positif ada peluang yang baik perkara ini diteruskan.

“Tiada tempoh masa ditetapkan bila siasatan lanjut boleh dilakukan, tapi menerusi pertemuan ini, indikasiny­a adalah perkara ini tidak dilengah-lengahkan lagi kerana sudah berlanjuta­n 12 tahun,” katanya.

Ditanya mengenai permintaan Dr Setev kepada Thomas, Ramkarpal berkata, permintaan­nya sama seperti permintaan orang awam lain yang ingin melihat keadilan ditegakkan dalam kes itu.

“Itu adalah hasrat utama beliau (Dr Setev) supaya keadilan terlaksana,” katanya.

Selain itu, katanya, pertemuan menyentuh mengenai sama ada bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia perlu diekstradi­si atau tidak.

“Perkara ini turut dibangkit dan dibincangk­an, namun saya kekal dengan pendirian selama ini Sirul tidak perlu dibawa pulang buat masa ini untuk siasatan lanjut

“Kami tekankan perkara ini dan Peguam Negara bersetuju dengan kami ada bukti lain di dalam negara lebih penting yang membolehka­n siasatan lanjut dilakukan.

“Jika kes ini diselesaik­an dengan siasatan lanjut menerusi bukti baharu yang ada, saya melihat tidak perlu untuk RCI diadakan,” katanya.

Sementara itu, Dr Setev berkata, beliau hanya mahu keadilan bagi kes anaknya kerana baginya tiada sesiapapun boleh melangkaui undang-undang.

“Saya berharap kes ini selesai dengan baik dan memulihkan hubungan antara Malaysia dan Mongolia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Setev (kanan) bersama Ramkarpal pada sidang media selepas bertemu Peguam Negara di Bangunan Peguam Negara, semalam.
DR Setev (kanan) bersama Ramkarpal pada sidang media selepas bertemu Peguam Negara di Bangunan Peguam Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia