Harian Metro

Utama rakyat bukan perniagaan Serah pada menteri lain

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Kerajaan perlu utamakan kepentinga­n rakyat, bukan terbabit dengan perniagaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan yang bertanggun­gjawab sepatutnya memastikan rakyat hidup sejahtera, bukannya bercakap mengenai keuntungan yang diperoleh kerajaan melalui perniagaan.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan perlu terbabit dalam perniagaan. Tugas kerajaan memastikan perniagaan berjalan dengan baik, tetapi saya dapati kerajaan (sebelum ini) terbabit dengan perniagaan.

“Ya, perniagaan itu penting tapi tujuan utama kerajaan itu sendiri bukan membuat keuntungan tetapi memudahkan hidup rakyat.

“Jadi, mereka (kerajaan terdahulu) bercakap mengenai berapa banyak keuntungan dibuat dan mengapa sesetengah (ketua) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membuat keuntungan lapan hingga 10 kali ganda daripada Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu ia menjadi kontrovers­i,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas melancarka­n Program Pemecut Global (GAP) Kohort Kedua di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini, semalam.

Sesi berkenaan dikendalik­an Ketua Pegawai Eksekutif

MaGIC, Ashran Ghazi.

Malaysia sebelum ini dilaporkan berada di kedudukan kelima dunia dalam aspek pengaruh

GLC ke atas ekonomi.

GLC di negara ini dilaporkan menyumbang separuh daripada penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI dan GLC juga muncul tujuh daripada 10 firma teratas yang tersenarai pada 2018.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disaran bijak mengimbang­i antara kepentinga­n meyakinkan pelabur asing dan tanggungja­wab membongkar segala penipuan serta penyelewen­gan dilakukan kerajaan sebelum ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Guan Eng perlu berhati-hati apabila mengeluark­an kenyataan kerana ia digunakan sebagai rujukan pelabur.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan mencadangk­an agar tanggungja­wab membongkar perbuatan itu diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

“Saya ada bertemu dan memberitah­u Lim Guan Eng jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.

“Setiap kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan merujuk terus kepada pelabur,” katanya pada rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, ‘AI’ yang bakal ke udara, Khamis ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditanya mengenai laporan terbaharu oleh Moody’s Investors Service yang menyatakan bahawa fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuska­n ketidakten­tuan polisi yang dibimbangi penganalis­is menyebabka­n penarafan negatif terhadap ekonomi negara.

Keadaan itu, sekali gus dilihat boleh menjejaska­n keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.

Menurut Anwar, dalam senario semasa, menteri juga bertanggun­gjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian dan membongkar penipuan dilakukan kerajaan sebelum ini.

“Beliau (Guan Eng) harus meninggalk­an tugas pendedahan itu kepada orang lain.

“Boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjelaska­n mengenai segala pembongkar­an,” jelas Anwar.

Tambahnya, langkah itu juga membolehka­n Guan Eng lebih fokus terhadap usaha mententera­mkan serta meningkatk­an keyakinan pelabur.

Beberapa hari lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dilaporkan berkata, terdapat skandal besar yang lain membabitka­n Kementeria­n Kewangan akan didedahkan tidak lama lagi.

Agensi berita Singapura, Channel News Asia melaporkan Guan Eng berharap, beliau dapat mendedahka­n setiap skandal dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan baru.

Antara yang didedahkan Guan Eng termasuk bayaran daripada Bank Negara dan Khazanah Nasional untuk memenuhi obligasi hutang 1MDB serta projek saluran paip gas bernilai RM9.4 bilion yang dikendalik­an anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan.

 Ketua Umum PKR mahu Guan Eng imbangi antara keyakinan pelabur, bongkar penyelewen­gan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia