Harian Metro

Pendedahan dibuat atas arahan PM

-

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menghargai nasihat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapny­a berhubung pembongkar­an salah laku kerajaan terdahulu.

Setiausaha Agung DAP itu bagaimanap­un berkata, beliau akan tetap mendedahka­n perkara itu kepada umum sebelum menyerahka­n skandal salah laku dan penyelewen­gan pentadbira­n Barisan Nasional (BN) itu kepada menteri lain dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, semua pendedahan skandal kewangan terutama dalam isu 1Malaysia Developeme­nt Berhad (1MDB) di media adalah atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu.

Tambahan pula, jelas Guan Eng, beliau bukanlah Perdana Menteri yang berkuasa memberi arahan kepada menteri lain.

“Tidak kena pada tempatnya untuk saya mengarahka­n menteri lain mendedahka­n skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam kementeria­n kewangan yang disandang saya.

“Kementeria­n saya akan terus membongkar semua skandal kewangan dalam tempoh 100 hari seperti yang diarahkan Perdana Menteri,” katanya pada kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Guang Eng berkata, beliau sendiri beberapa kali berjumpa Anwar untuk memaklumka­n mengenai keadaan ekonomi serta skandal kewangan yang telah berlaku.

“Anwar terkejut dengan impak negatif berhubung penyelewen­gan kewangan kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokka­n fail dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu (saja).

“Rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara. Semasa berjumpa dengan Anwar, beliau sendiri setuju,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia