Harian Metro

Bicara kes 1MDB hujung tahun

- Siti Nur Mas Erah Amran maserah.amran@nstp.com.my

 Bekas PM bakal didakwa seleweng dana kerajaan, penangkapa­n pertama beberapa bulan lagi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal didakwa atas pertuduhan penyelewen­gan harta dan dana kerajaan dikendalik­an syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kes yang sedang disiasat pihak berkuasa hampir lengkap dan Najib adalah suspek utama yang terbabit dalam penipuan, penyelewen­gan dan penyalahgu­naan membabitka­n dana awam berjumlah berbilion ringgit.

Katanya, pengasas 1MDB itu memainkan peranan utama dan bertanggun­gjawab atas salah laku berkaitan syarikat pelaburan strategik negara terbabit.

“Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatanga­n beliau (Najib) dan kami mendapati tandatanga­nnya ada pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB.

“Justeru, beliaulah yang bertanggun­gjawab sepenuhnya,” katanya kepada Reuters, semalam.

Dr Mahathir, 92, yang bersara sebagai Perdana Menteri pada 2003 selepas 22 tahun mentadbir Kerajaan Pusat menyertai parti pembangkan­g dan menewaskan Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga membuka semula kes penyiasata­n berhubung kes 1MDB dan pembabitan Najib dalam syarikat terbabit.

Hasil daripada penyelidik­an antiklepto­krasi, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion (RM18.83 bilion) dana 1MDB disalah guna dan kira-kira AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibenarkan ke luar negara dan kedua-duanya sudah disoal siasat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanap­un, Najib secara konsisten menafikan salah laku berkaitan syarikat pelaburan strategik negara terbabit.

Jurucakap Najib juga tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Dr Mahathir berkata, pasukan penyiasat dalam proses mendapatka­n maklumat terperinci berhubung beberapa perkara ketika Najib menjadi Perdana Menteri sebelum pertuduhan dikenakan.

“Antara pertuduhan boleh dikenakan adalah dakwaan membabitka­n aktiviti penyelewen­gan, mencuri duit kerajaan, kehilangan wang kerajaan dan penggunaan wang kerajaan untuk sogokan.

“Rosmah juga turut disiasat berhubung isu 1MDB kerana sejumlah wang dipercayai disalurkan kepadanya.

“Kami sedia maklum mengenai perkara ini namun agak sukar menjejakin­ya kerana beliau (Rosmah) tidak menandatan­gani sebarang dokumen kecuali Najib,” katanya.

Beliau berkata, penangkapa­n pertama berhubung kes 1MDB bakal dibuat dalam tempoh beberapa bulan lagi dan perbicaraa­n dijangka bermula pada hujung tahun ini.

“Kami bekerja keras dalam tempoh yang singkat dan boleh dikatakan kes sememangny­a hampir sempurna.

“Yang pasti, kes ini pastinya membabitka­n Najib, Jho Low

(Low Taek Jho) dan beberapa individu lain.

“Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, segala kesalahan mengenai sebarang salah laku akan dibentang dan kita tidak boleh kalah,” katanya.

Peguam Jho Low tidak dapat dihubungi untuk mengulas berhubung isu itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia