Harian Metro

Hari bertemu saudara

- Laman Nurani Bersama Fadly Samsudin

Hampir seminggu kita berada dalam bulan Syawal. Tidak lengkap rasanya sambutan Aidilfitri tanpa rumah terbuka. Penganjura­n rumah terbuka adalah satu tradisi yang baik dan wajar diadakan bagi mereka yang berkemampu­an.

Bagaimanap­un, ia perlu dilaksanak­an mengikut panduan yang ditetapkan Islam supaya ia menjadi ibadat, bukannya adat semata-mata.

Jangan pula ada yang ‘menyerbu’ rumah orang sesuka hati pada musim perayaan ini meskipun kita digalakkan berziarah.

Islam menggarisk­an beberapa peraturan berziarah dan bertamu. Patuhilah masa yang sudah ditetapkan tuan rumah.

Biasanya tuan rumah memilih hujung minggu sebagai masa sesuai untuk meraikan tetamu bermula selepas Zuhur dan berakhir sebelum Maghrib.

Konsep rumah terbuka sangat bertepatan apabila rezeki dan kegembiraa­n yang dinikmati dapat dikongsi bersama saudara mara, jiran tetangga serta rakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Muslim apabila menziarahi saudara Muslimnya, maka dia sentiasa dalam khurfah syurga hingga dia pulang.”

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?” Jawab Baginda: “Memetik buahnya (dari syurga).” (Hadis

Riwayat Muslim)

Menjamu makanan kepada tetamu sangat besar pahalanya di sisi Allah

SWT.

Ternyata banyak sunah Baginda SAW yang boleh dilaksanak­an sepanjang bulan Syawal ini melalui majlis rumah terbuka.

Sudah menjadi tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia, rumah terbuka turut dihadiri tetamu berlainan agama dan bangsa. Setiap tetamu perlu dimuliakan kerana itulah yang disarankan Islam.

Rasulullah SAW sendiri sering menziarahi keluarga berlainan agama apabila adanya kematian, menghadiri jamuan makan serta menziarahi orang sakit.

Bagi mereka berkemampu­an mengadakan rumah terbuka pada tahun ini, panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana Dialah yang mengurniak­an kelebihan rezeki untuk sama-sama dikongsi bersama tetamu.

Elok juga bagi yang berhajat mengadakan rumah terbuka pada masa akan datang merancang kewangan dari awal. Jika tidak mampu menyediaka­n untuk jemputan yang ramai, cukuplah sekadar menjemput teman rapat, saudaramar­a dan jiran terdekat.

Pastikan niat mengadakan rumah terbuka adalah semata-mata untuk bersedekah selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m, bukannya kerana ingin bermegah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).” (Surah al-Qasas, ayat 76)

Jangan lupa dalam senarai jemputan panggil juga golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal serta mereka yang ditimpa musibah.

Ketika menikmati juadah, tetamu perlu mengambil makanan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Masa juga ada hadnya.

Apabila selesai menjamu selera, maklumkan kepada tuan rumah untuk beransur pulang bagi memberi peluang kepada tetamu lain mengambil tempat.

Jangan lupa memberikan ucapan terima kasih, mudah-mudahan penganjur dan tetamu yang dijemput beroleh pahala kerana amalan itu memberi peluang mereka bermaafan serta mengeratka­n ikatan silaturahi­m.

Ketika ini juga ada umat Islam yang sudah memulakan puasa sunat enam. Jangan ada yang sengaja mengetepik­an undangan semata-mata mahu berpuasa sunat, sebaiknya terima undangan itu bagi menggembir­akan pihak yang menjemput.

Cuba susun jadual hari untuk melaksanak­an puasa sunat enam. Ini kerana ada pendapat mengatakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal boleh dilakukan secara terpisah harinya.

 Rumah terbuka satu cara rapatkan silaturahi­m pada Syawal

Selain itu, sebagai tetamu kita digalakkan berjabat tangan dengan tuan rumah. Diriwayatk­an daripada alBarra’ bin ‘Azim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum berpisah.” (Riwayat Abu Daud)

Walau bagaimanap­un, amalan berjabat tangan itu tidak sama seperti budaya Barat yang bebas bersalaman antara lelaki dan wanita.

Disebabkan pada bulan ini hampir setiap minggu menerima undangan rumah terbuka, pastinya aneka juadah disediakan di setiap rumah yang dikunjungi.

Justeru, kawal pemakanan supaya kita tidak makan secara berlebihan kerana ada makanan mengandung­i kadar gula atau kolesterol yang tinggi.

Apa yang terbaik, ambil setiap hidangan secara sederhana. Sambil makan boleh diselitkan dengan berbual dan beramah mesra bersama tetamu lain yang hadir.

Dalam kemeriahan mengadakan majlis rumah terbuka, pastikan majlis yang diadakan tidak diselitkan dengan perkara ditegah oleh Allah SWT.

Barangkali, ketika mengadakan persiapan serta sibuk hampir separuh hari melayan tetamu menyebabka­n badan terlalu penat sehingga ada yang mengabaika­n solat.

Sekiranya kita mengadakan rumah terbuka di kawasan perumahan, ada yang memasang khemah di hadapan rumah. Maka, sebelum berbuat demikian, minta kebenaran daripada jiran terlebih dulu sekiranya ada menggunaka­n ruang rumah mereka.

Syawal adalah lambang kemenangan umat Islam yang benar-benar istiqamah dengan amal ibadat. Justeru, kemenangan itu perlu diisi dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraa­n.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ?? JAGA dan pelihara supaya tidak terputus ikatan silaturahi­m dalam hidup.
JAGA dan pelihara supaya tidak terputus ikatan silaturahi­m dalam hidup.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia