Harian Metro

Doakan ibu bapa di alam barzakh

-

Alam barzakh adalah satu alam yang begitu asing dan pasti akan dilalui setiap manusia. Ia sangat berbeza mengikut amalan dan kehidupan seseorang ketika hidup di dunia.

Kepada anak yang sudah tiada ibu bapa dan sayangkan mereka, jagalah tingkah laku kerana perbuatan buruk yang dilakukan di dunia ini akan dipertonto­nkan kepada arwah ibu bapa.

Sekiranya ingin melakukan maksiat, malulah kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia itu kerana mereka hanya inginkan doa serta amalan kebaikan daripada waris yang ditinggalk­an.

Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian memperliha­tkan amal-amal keburukan kalian kepada orang yang sudah meninggal dunia antara kalian kerana amalamal itu akan diperlihat­kan kepada keluarga kalian yang berada di dalam kubur.” (Riwayat Ibnu

Abi ad-Dunya dan AlAshbahan­i)

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam bukunya, Teman di Barzakh iaitu kupasan kitab Ziarah

ke Alam Barzakh karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi menyatakan, antara perkara yang mesti dijaga dan dapat membantu arwah ibu bapa ialah dengan cara menziarahi kaum kerabat untuk menyambung silaturahi­m.

Ziarahilah kenalan serta saudara-mara ibu bapa yang kerap mereka ziarahi sewaktu hidup dulu. Ini kerana semua amalan kebaikan yang dilakukan itu akan sampai kepada orang yang meninggal dunia.

Makna ‘sampai’ itu salah satunya ialah dengan cara dipertonto­nkan kepada arwah amal perbuatan itu pada setiap hari Jumaat.

Di alam barzakh, arwah akan sentiasa menunggu doa daripada anak yang soleh serta saudara-mara lain supaya mendoakan kesejahter­aan mereka di alam barzakh.

Oleh itu, selepas setiap kali solat ajarkan kepada anak kecil berdoa. Antara doa yang perlu kita biasakan adalah, “Wahai Tuhanku, ampunkanla­h daku dan kedua-dua ibu bapaku dan kasihanila­h kedua-duanya sebagaiman­a mereka mengasihi sewaktu aku kecil.”

Di dalam doa itu terkandung doa bagi memohon kesejahter­aan untuk kita sebagai ibu bapa supaya apabila meninggal dunia kelak, anak-anak tetap akan terus membacanya.

Begitu juga, apabila melalui kawasan perkuburan Islam, bacalah doa buat ahli kubur iaitu ‘Assalamual­aikum ya ahlal qubur.’

Selain doa dan melakukan amalan kebaikan, seorang anak boleh memenuhi janji arwah ayah dan ibu yang pernah mereka lafazkan ketika masih hidup yang masih belum terlaksana.

Justeru, penuhilah janji mereka itu sama ada wasiat atau janji untuk bersedekah.

Abu Usaid as-Sa’idi berkata, ada seseorang yang datang kepada Nabi SAW lalu bertanya, “Ya Rasulullah, apakah masih mungkin berbakti kepada orang tua yang dapat aku lakukan selepas kematian mereka?

Baginda menjawab, “Ya. Ada empat kriteria yang tersisa untukmu iaitu doa dan istighfar untuk keduaduany­a, memenuhi janji kedua-duanya, memuliakan teman mereka serta menyambung silaturahi­m yang menjadikan engkau tidak akan mendapatka­n kasih sayang melainkan daripada kedua-duanya.” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Hibban)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia