Harian Metro

Cabaran pekerjaan pada masa depan

- Dr Aminudin Mansor

Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh generasi akan datang dalam tempoh sepuluh tahun lagi terutama dalam bidang pekerjaan. Ia disebabkan pengaruh kuat Internet, teknologi digital dan penguasaan­nya di dunia yang juga membabitka­n bidang pekerjaan tertentu.

Pada masa ini penggunaan telefon di pondok telefon atau mengirim surat melalui peti surat sudah berkuranga­n, malah boleh dikatakan tidak berlaku lagi. Hal ini disebabkan semua orang sudah memiliki telefon pintar yang boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana saja. Begitu juga banyak surat yang sudah dihantar melalui e-mel, pos laju dan sebagainya.

Banyak juga kedai buku, majalah dan akhbar yang sudah tutup kerana ketiadaan pembeli. Manakala banyak kedai buku yang besar kini tidak lagi hanya menjual buku, majalah dan akhbar malah menjual alat tulis dan barangan lain yang diperlukan oleh pembeli.

Fenomena ini adalah biasa berikutan perubahan dan kemajuan dunia tanpa sempadan di era globalisas­i. Oleh itu, generasi muda pada masa kini mestilah melengkapk­an ilmu dan kemahiran tinggi berkaitan Internet, teknologi digital dan sebagainya.

Kajian dan tinjuan daripada sumber perniagaan dalaman mendapati enam pekerjaan yang mungkin tiada lagi dalam jangka sepuluh tahun akan datang. Antaranya, juruwang runcit, telepemasa­ran, ejen pelanconga­n, pemandu teksi, penerbitan dan percetakan serta pekerja pos.

Hal ini disebabkan peranan mereka akan diambilali­h oleh penguasaan Internet yang lebih pantas, cepat dan berkesan. Banyak pekerjaan yang disebutkan di atas akan diambilali­h oleh mesin, komputer dan juga pelbagai perkhidmat­an yang menggunaka­n telefon pintar.

Perubahan ini juga berlaku dalam rumah tangga apabila pelbagai mesin diperkenal­kan bagi memudahkan kerja suri rumah dengan pantas dan berkesan. Perlatan seperti robot, mesin dan peralatan memasak ini akan memudahkan suri rumah dan mempercepa­tkan kerja mereka dan tidak lagi memerlukan pembantu rumah yang boleh dipesan melalui telefon pintar dan dihantar ke rumah dengan cepat.

Teknologi digital menguasai pelbagai bidang pekerjaan pada masa kini. Dunia digital membolehka­n telefon pintar merakam video, wang disimpan pada sekeping kad plastik dan carta muzik terkini diperoleh daripada Internet ke komputer dalam sekelip mata.

Perubahan digital ini sangat pantas dan kelengkapa­n elektronik saling berfungsi serta berkomunik­asi menggunaka­n bahasa digital yang serupa. Tidak hairanlah lebih separuh daripada telefon di dunia ialah telefon pintar yang kebanyakan­nya menggunaka­n teknologi digital bagi melaksanak­an pekerjaan dan mengawal pekerja.

Kajian menunjukka­n kira-kira 210 negara mempunyai hubungan Internet. Sementara itu, kurang daripada 20 negara tidak mempunyai Internet. Kajian mendapati setiap hari berbilion e-mel dihantar ke seluruh dunia.

Kita sering tidak menyedari bahawa kita sedang menggunaka­n teknologi digital. Namun begitu, ia merevolusi­kan cara kita menjalani kehidupan, bekerja, belajar dan bergembira melalui lagu dan vedio yang dipaparkan.

Teknologi digital menjadikan urusan kita lebih pantas, selamat, mudah dan terjamin berbanding menjalanka­n urusan dengan cara lama. Sebagai contoh, pembelian barangan dengan menggunaka­n pembayaran e-bank yang pantas, selamat dan berkesan.

Satu kelebihan teknologi digital ialah ia membolehka­n kita mencipta alat canggih seperti komputer dan telefon mudah alih yang boleh menghantar dan menerima serta memproses maklumat. Satu lagi kelebihann­ya ialah teknologi digital membolehka­n orang ramai memperbaik­i hidup mereka.

Justeru, dengan begitu banyak bidang pekerjaan dan maklumat digital yang tersebar luas di serata dunia, kita memerlukan cara baru untuk mengendali­kannya dengan cepat dan berkesan. Lantaran itu, genarasi muda yang mempunyai ilmu pengetahua­n dan kemahiran tinggi dalam bidang ini seharusnya berusaha meneroka serta menguasain­ya ke arah kebaikan.

Tidak hairanlah pada masa kini manusia begitu sibuk untuk mengejar masa dan melayari Internet melalui telefon pintar. Kajian menunjukka­n tidak ada kuasa teknologi digital yang lebih baik daripada Internet. Rangkaian komunikasi seluruh dunia ini membolehka­n manusia berkongsi kata-kata, gambar bunyi dan juga filem dengan menggunaka­n komputer serta telefon pintar mereka yang kini sudah menjadi perkara biasa.

Lebuh raya maklumat bergerak pantas setiap saat. Justeru, muat turun adalah aktiviti untuk menerima maklumat daripada Internet ke telefon pintar atau komputer, manakala muat naik adalah aktiviti menghantar maklumat daripada komputer atau telefon pintar anda kepada Internet. Apa paling penting keimanan dan kebijaksan­aan akal mesti menjadi pengawal yang menjurus kepada perbuatan bagi kebaikan sejagat.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia