Harian Metro

4,600 sampul duit raya terkumpul

-

Mohd Nasir pegang jawatan Presiden Kelab Pengumpul Sampul Duit Raya sejak 5 tahun lalu

Menurut Mohd Nasir, pada mulanya, ia sekadar hobi untuk mengisi masa lapang namun kepuasan peribadi yang diperoleh menjadikan­nya serius menambah koleksi sedia ada.

“Boleh dikatakan, saya sudah terdedah dengan hobi mengumpul sejak kecil bermula dengan menyimpan koleksi setem.

“Namun, hobi mengumpul sampul duit raya lebih dekat dengan diri saya dan mungkin sebab itu, ia bertahan hingga ke hari ini selain mendapat sokongan isteri.

“Setakat ini, saya sudah mengumpul kira-kira 4,600 sampul duit raya pelbagai tema dan corak antaranya bermotifka­n organisasi korporat, rumah kampung, makanan tradisi seperti ketupat, lemang dan dodol serta permainan tradisiona­l iaitu wau,” katanya yang juga bapa kepada tiga anak itu.

Katanya, sebahagian besar koleksi sampul duit raya itu diperoleh daripada bank sementara ada juga yang dibeli daripada pengumpul lain.

Sampul itu dibeli dengan harga serendah RM5 hingga RM10 dan paling mahal RM48 untuk satu set bergantung kepada jenisnya.

“Kebiasaann­ya, saya akan ke bank untuk mendapatka­n sampul berkenaan namun ada juga pemberian rakan selain dibeli daripada pengumpul lain.

“Istimewany­a, koleksi saya tidak terhad kepada sampul keluaran tempatan sematamata kerana ada juga daripada luar negara contohnya Brunei, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Taiwan, Hong Kong, China dan Korea Selatan,” katanya yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat.

Mohd Nasir berkata, selain mengumpul, dia turut memegang jawatan Presiden Kelab Pengumpul Sampul Duit Raya (KPSDR) sejak lima tahun lalu.

Menerusi kelab berkenaan, Mohd Nasir mewujudkan kumpulan di Facebook bagi membolehka­n ahli berinterak­si sesama sendiri selain platform untuk berkongsi koleksi masingmasi­ng.

“Tujuan penubuhan kelab adalah menghimpun­kan pengumpul dari seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

“Selain itu, ia juga bagi memudahkan kami merancang aktiviti bersama pengumpul tidak kira yang berskala kecil mahupun besar.

“Sebagai pengasas, saya gembira kerana dapat menyediaka­n plafform ini kerana kebanyakan pengumpul beranggapa­n mereka bersendiri­an sedangkan ramai berkongsi hobi yang sama,” katanya yang sentiasa memastikan adanya penganjura­n aktiviti tahunan bagi kelab berkenaan.

Berkongsi perancanga­n, Mohd Nasir berkata, beliau kini dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan Muzium Kesenian Asia bagi menganjurk­an aktiviti bersesuaia­n untuk kelab.

Katanya, menerusi kerjasama itu, ahli berpeluang mengembang­kan hobi mereka umpamanya dengan menyertai siri pameran untuk berkongsi koleksi yang ada di dalam simpanan mereka.

“Menariknya hobi ini kerana ia tidak memerlukan kos yang mahal selain mudah didapati lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial.

“Pada masa sama, ia boleh menjana pendapatan

 ??  ?? ANTARA koleksi terawal sampul duit raya milik Mohd Nasir
ANTARA koleksi terawal sampul duit raya milik Mohd Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia