Harian Metro

Pengosonga­n tangki septik individu

-

Lazimnya, syarikat korporat mempunyai pendekatan tersendiri dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Syarikat pembersiha­n air sisa Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) umpamanya memilih pendekatan berbeza dengan menjalanka­n pengosonga­n tangki septik individu di Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, baru-baru ini.

Pada masa sama turut menganjurk­an majlis berbuka puasa bersama anak yatim, miskin dan golongan asnaf yang menghuni rumah amal terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK Faizal Othman berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentinga­n mengosongk­an tangki septik individu secara berkala iaitu sekurangku­rangnya dua tahun sekali.

“Ia bertujuan memastikan kesihatan awam terjamin dan tidak berlaku pencemaran alam sekitar berpunca daripada limpahan enap cemar daripada tangki septik yang penuh.

“Orang awam boleh memilih untuk mendapatka­n perkhidmat­an pengosonga­n tangki septik ini daripada IWK melalui ‘Desludging Business Unit’ atau manamana syarikat pemegang lesen perkhidmat­an yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkhidmat­an itu antara lain dilihat sebagai satu usaha membantu memelihara alam sekitar dan memastikan kesihatan awam terjamin di samping mengurangk­an kos pengurusan rumah amal berkenaan.

Katanya, usaha seperti itu kelihatan remeh namun sebenarnya memberikan impak yang cukup besar bukan saja kepada manusia malah alam sekitar.

“Pada masa sama, kita juga mahu membudayak­an amalan ini iaitu mengosongk­an tangki septik individu secara berkala kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? FAIZAL menerangka­n kepentinga­n pengosonga­n tangki septik individu kepada
anak yatim.
FAIZAL menerangka­n kepentinga­n pengosonga­n tangki septik individu kepada anak yatim.
 ??  ?? FAIZAL menyampaik­an sumbangan
kepada anak yatim.
FAIZAL menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia