Harian Metro

SANTUNI ANAK YATIM MESIR

-

Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajah 500 anak yatim Mesir apabila diraikan dalam satu majlis anjuran Nadi Ruwad, baru-baru ini.

Ia antara kerjasama dalam program Ehna

Ma’ak 2018 yang turut diraikan bersama Yayasan Dana Kebajikan Malaysia Cawangan Mesir (YDKMM Mesir).

Ehna Ma’ak 2018 adalah satu program kebajikan mega yang dianjurkan YDKMM Mesir pada 6 April lalu dengan kerjasama ‘Education Malaysia Egypt’ (EME), persatuan mahasiswa Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mesir lain.

Malah, Program Ehna Ma’ak 2018 bermaksud kami bersamamu 2018 dan mendapat sambutan daripada lima negara iaitu Malaysia, Mesir, Indonesia, Singapura, Kyrgyzstan dan Turki selain membabitka­n 1,780 anak yatim.

Setiausaha YDKMM Mesir, Noor Amirah Huda Ahmad Mahmod berkata, seramai 30 mahasiswa Malaysia terdiri daripada

aktivis dan sukarelawa­n YDKMM Mesir serta mahasiswa Universiti AlAzhar dan Universiti Ain Shams menghadiri majlis berkenaan.

“Kita sememangny­a digalakkan untuk berbuat baik dengan anak yatim bagi mendapatka­n ganjaran pahala.

“Pada masa sama kami berasa gembira apabila melihat senyuman terukir pada wajah anak yatim dan mereka adalah golongan istimewa yang perlu disantuni,” katanya.

Dalam pada itu,

YDKMM Mesir turut menyumbang­kan wang kepada Nadi Ruwad untuk kegunaan anak yatim di pusat berkenaan.

“Diharapkan hubungan yang terjalin antara keduadua pihak dapat diteruskan untuk kepentinga­n masyarakat Mesir dan penuntut Malaysia di Mesir,” katanya.

 ??  ?? SENYUMAN terukir pada wajah anak yatim Mesir.
SENYUMAN terukir pada wajah anak yatim Mesir.
 ??  ?? NOOR Amirah Huda (kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil Nadi Ruwad.
NOOR Amirah Huda (kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil Nadi Ruwad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia