Harian Metro

AMALAN TRADISI TAHUNAN

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

MBPJ serah sumbangan

lebaran pada 2,405 kakitangan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menghargai 2,405 kakitangan­nya menerusi sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Sumbangan itu antara amalan tradisi setiap tahun MBPJ dalam menghargai jasa kakitangan­nya sepanjang berkhidmat dengan majlis bandaraya terbabit.

Datuk Bandar MBPJ

Datuk Mohd Azizi Mohd

Zain berkata, pihaknya turut menyampaik­an sumbangan wang tunai RM300 seorang kepada 100 penerima yang terdiri daripada daripada ibu tunggal, keluarga yang mempunyai ramai anak dan memiliki anak kurang upaya (OKU).

Mereka antara lain menetap di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, PPR Lembah Subang, Desa Mentari, Taman Medan, Taman Dato’ Harun dan lainlain kawasan di Petaling Jaya, Selangor.

“Kami mengharapk­an sumbangan itu dapat meringanka­n bebanan golongan terbabit dalam membuat persiapan meraikan Syawal.

“Penganjura­n majlis ini adalah program tahunan MBPJ bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pihak pengurusan tertinggi dengan kakitangan,” katanya.

Dalam majlis sama, MBPJ turut menganjurk­an Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar bagi anak-anak kakitangan MBPJ.

Katanya, seramai 19 pelajar menerima hadiah berbentuk wang tunai di atas prestasi cemerlang mereka dalam peperiksaa­n.

“Empat daripada mereka ialah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menerima RM300, tujuh pelajar cemerlang Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pula menerima RM300.

“Lima yang lain ialah pelajar cemerlang Pentaksira­n Tingkatan 3

(PT3) menerima RM500 sementara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula menerima RM800,” katanya.

Tambahnya, diharapkan sumbangan itu menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus berusaha dengan lebih tekun dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.

“Kecemerlan­gan akademik akan menjadi laluan mudah kepada mereka untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

“Bagaimanap­un, bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam akademik, ia bukan penamat untuk mereka berjaya kerana ada banyak lagi peluang lain yang boleh diteroka,” katanya.

 ??  ?? MOHD Azizi (dua kanan) bersama kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
MOHD Azizi (dua kanan) bersama kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
 ??  ?? KAKITANGAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerima sumbangan hari raya.
KAKITANGAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerima sumbangan hari raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia