Harian Metro

AGIH 1,500 BUBUR LAMBUK

-

Pemberian bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai antara aktiviti yang sering menarik perhatian daripada proses penyediaan hingga makanan itu siap sepenuhnya.

Semuanya dilakukan bergotong-royong yang secara tidak langsung mengeratka­n silaturahi­m masyarakat.

Pelbagai pihak biasanya tampil menyampaik­an sumbangan bubur lambuk itu daripada orang perseorang­an hingga golongan korporat.

Mengambil inisiatif itu, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) tidak melepaskan peluang mengagihka­n 1,500 bubur lambuk percuma menerusi Program IKHLAS, Ramadan lalu.

Menerusi program berkenaan, Takaful IKHLAS bekerjasam­a dengan Adabi Consumer Sdn Bhd (Adabi) mengambil peluang itu dengan memasak dan mengagihka­n makanan itu kepada warga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keluarga mualaf di bawah seliaan Inspirasi Mualaf.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk ini bertujuan mendekatka­n Takaful IKHLAS dengan masyarakat setempat.

“Inisiatif ini antara tanggungja­wab yang bukan saja dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m, malah turut membantu golongan kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n bubur lambuk istimewa ini yang dimasak khas Adabi.

“Kita perlu ingat bahawa tidak semua orang berpeluang menikmati makanan yang diinginkan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Penganjura­n kali kedua bersama Adabi itu disertai 15 kakitangan­nya dan beberapa sukarelawa­n daripada Inspirasi Mualaf dan surau PPUM.

Pada majlis itu juga, Takaful IKHLAS turut menyumbang­kan duit zakat RM5,000 kepada Inspirasi Mualaf.

Tambah Ab Latiff, tanggungja­wab sosial korporat antara satu daripada elemen penting dan cukup sinonim dengan Takaful IKHLAS.

“Aktiviti CSR yang diterapkan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti di negara ini yang banyak membantu kepada pertumbuha­n syarikat ini,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN Takaful IKHLAS, Adabi, Surau Pusat PPUM dan Inspirasi Mualaf memasak serta mengagihka­n 1,500 bungkusan bubur lambuk secara percuma.
KAKITANGAN Takaful IKHLAS, Adabi, Surau Pusat PPUM dan Inspirasi Mualaf memasak serta mengagihka­n 1,500 bungkusan bubur lambuk secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia