Harian Metro

BELAI WAJAH CARA LAMA

-

spa tradisiona­l moden.

Kalau diperhatik­an, dekorasi spa berkonsepk­an Melayu tradisiona­l, ada suasana kampung, dinding dan bilik rawatan berlantaik­an kayu. Untuk membangkit­kan rasa tenang, kami hidangkan lenggok gamelan, zapin dan inang sebagai latar muzik di spa,” katanya.

Menjelas lanjut mengenai rawatan wajah tradisiona­l yang ditawarkan, Esma berkata, ia akan dilakukan secara manual dengan rutin membersihk­an wajah, di serta urutan sengkak muka untuk membetulka­n peredaran darah, sekali gus menaikkan seri.

“Dari segi kepuasan, biasanya pelanggan lebih sukakan rawatan tradisiona­l. Mereka suka apabila wajah dibelai dan diurut dengan sentuhan, bukan mesin.

“Jika ada pelanggan yang mahukan rawatan wajah cara moden seperti di medispa, kami akan gunakan mesin. Namun, perbezaann­ya jelas. Rawatan wajah secara tradisiona­l lazimnya lebih bersih dan kepuasan dirasai pelanggan sendiri.

“Paling penting, ia sesuai untuk semua lapisan umur dari remaja hingga dewasa. Sekiranya dijadikan amalan rutin, kulit muka akan lebih bersih, berseri dan tegang,” katanya.

Selain rawatan wajah, spa berkenaan turut menawarkan pakej serendah RM50 hingga RM100 untuk rawatan sauna, urutan tubuh dan skrub badan. Ini bermakna, pelanggan tidak perlu mengeluark­an bajet yang besar untuk memanjakan di spa.

“Kami tahu, dalam keadaan ekonomi hari ini, menjaga kecantikan adalah kehendak dan kemahuan bukan keperluan. Jadi, kita tawarkan khidmat pada harga berpatutan supaya semua dapat menikmati keasyikan memanjakan diri di spa,” katanya.

 ??  ?? SPA milik Esma kini diuruskan anaknya, Esrina Syahira Syahrin (kanan).
SPA milik Esma kini diuruskan anaknya, Esrina Syahira Syahrin (kanan).
 ??  ?? URUTAN dan sengkak wajah untuk kekal awet muda.
URUTAN dan sengkak wajah untuk kekal awet muda.
 ??  ?? PENGGUNAAN mesin secara minimum untuk kepuasan.
PENGGUNAAN mesin secara minimum untuk kepuasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia