Harian Metro

WARNA RAMBUT PATUH SYARAK

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tidak kira sama ada bertudung atau tidak, keinginan untuk memiliki rambut rona perang atau kemerahan pastinya ada dalam diri setiap wanita. Mungkin kerana fitrah semula jadi wanita yang mahu sentiasa cantik, ramai menyimpan angan untuk bergaya persis selebriti biarpun hanya di rumah.

Namun, suatu hal yang kerap membantutk­an niat kebanyakan wanita atau lelaki untuk mewarnakan rambut adalah kerana perasaan waswas pada isi kandungan produk serta kemusykila­n sama ada ia mampu menyerap air.

Rangkaian Mercu Health & Beauty baru-baru ini melancarka­n Gumash Nourishing Hair Color bagi memenuhi gaya, keperluan dan keinginan ramai wanita mahupun lelaki moden memiliki rambut idaman.

Menariknya jenama ini lahir atas keinginan pengasasny­a, Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain untuk berkongsi manfaat pewarna rambut berkonsepk­an inai yang patuh syariah.

“Kami sedar ramai pengguna berasa was-was untuk menggunaka­n pewarna rambut. Mereka bimbang dengan risiko kandungan bahan tidak halal dan tidak telap air.

“Bagaimanap­un, jenama ini dibawakan sebagai penyelesai­an dan boleh diyakini kerana tidak menggunaka­n bahan yang bercanggah dengan syarak. Selain itu, kami juga memastikan ia telap air,” katanya.

Jelas Syarifah Farah, bagi memastikan pewarna rambut berkenaan telap air, pihaknya mengambil inisiatif menjalanka­n kajian selama satu setengah tahun. Selain ahli kimia, kajian itu turut disertai panel syariah iaitu Datuk Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil.

“Selepas memastikan bahan dan aplikasi mewarnakan rambut ini patuh syarak, baru kami hasilkan produk jenama ini.

Kami tahu sejak dulu ramai wanita berhasrat mendapatka­n rambut yang berwarna menarik.

“Untuk memenuhi keinginan itu saya perkenalka­n jenama ini. Saya percaya wanita berhak untuk tampil cantik tanpa mengabaika­n sensitivit­i agama. Selain itu, penting untuk wanita memiliki rambut yang bukan saja cantik, tetapi sihat dan sempurna,” katanya.

Tambah beliau, pewarna rambut yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan menjanjika­n pengalaman mewah yang selesa ketika proses mewarna. Setiap helaian rambut akan dirawat dan dibelai dengan bahan premium terpilih.

“Produk ini sudah melalui kajian menyeluruh, bukan saja sekadar fungsinya untuk mewarnai rambut tanpa merosakkan rambut tetapi paling utama ia halal dan telap air. Ini sekali gus membantu pengguna menjauhi was-was akan sempurnany­a wuduk.

“Ia juga dirumus khas untuk rambut orang Asia dengan pilihan tiga warna menarik iaitu hitam, coklat gelap dan merah gelap.

Setiap satu produk Gumash didatangka­n bersama kit lengkap mengandung­i krim pewarna, pengaktif warna, syampu, pelembap dan serum.

“Bagi krim pewarna, ia diformulas­ikan daripada inai dan diperkayak­an dengan minyak argan serta lemak koko. Minyak argan dikenali sebagai cecair emas kerana khasiat antioksida dan vitamin E. Ia membantu menjadikan rambut bersinar, cantik dan lembut. Manakala lemak koko pula membantu memelihara kelembapan rambut, menjadikan lebih terurus dan menghalang kerosakan rambut.

“Paling utama, krim pewarna ini tidak mengandung­i bahan kimia berbahaya seperti ammonia dan paraben yang boleh merosakkan tekstur kulit kepala hingga menimbulka­n masalah kegatalan dan munculnya kelemumur,” katanya.

Apa yang unik, jenama ini turut menyediaka­n serum rambut bagi melengkapk­an rejim, menjadikan rambut lebih terurus, menonjol, cantik, lembut dan bersinar.

Pewarna telap air bantu pengguna jauhi waswas risiko kandungan bahan tidak halal

 ??  ?? SYARIFAH Farah bersama artis jemputan, Irma Hasmie dan panel syariah, Dr Zahazan (kiri) serta Ahmad Fauwaz.
SYARIFAH Farah bersama artis jemputan, Irma Hasmie dan panel syariah, Dr Zahazan (kiri) serta Ahmad Fauwaz.
 ??  ?? SYARIFAH Farah bersama produk keluaranny­a.
SYARIFAH Farah bersama produk keluaranny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia