Harian Metro

SESUAI KEPERLUAN WANITA MODEN

-

1. Haus Cosmetic

Jenama yang pernah mencuri perhatian pengguna tempatan menerusi bedak asas EE Roller Foundation, baru-baru ini memperkena­lkan barisan produk penjagaan kulit dengan teknologi probiotik.

Formula sofistikat­ed ini dirumus khusus menerusi hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kilang pengusaha tempatan berte- knologi maju, bertaraf GMP serta memiliki status halal.

Setiap produk yang dikeluarka­n jenama ini menepati kualiti antarabang­sa, malah dihasilkan secara bersih dan bebas bahan kimia berbahaya.

Antara keluaran terbarunya termasuk bedak tabur lut cahaya, pembersih wajah, serum dan semburan pelembap. Sesuai dengan keperluan wanita moden, keseluruha­n produk jenama itu boleh merawat dan mencantikk­an kulit dalam satu masa.

Ia umpama pakej eksklusif buat pengguna kerana mudah disapu pada wajah dan dibawa ke mana-mana.

Menurut hasil penyelidik­an terdahulu, probiotik sememangny­a terbukti boleh membantu meningkatk­an tahap kesihatan usus melalui pemakanan, malah menjadi faktor kulit sihat

dan cantik. Justeru, tidak hairanlah jenama ini mendahului trend kecantikan dunia dan dijangkaka­n terus mencetus revolusi dalam pasaran Malaysia.

2. SimplySiti Gold Edition

Menawarkan tiga pilihan mekap iaitu bedak asas kusyen, pembayang bersama pemerah pipi dalam satu dan pewarna bibir kemasan pusam.

Diformulas­ikan dengan teknologi Focus Soft dan debu emas untuk warna dan kecerahan, bedak asas kusyen jenama ini adalah pilihan tepat untuk kemasan wajah sempurna, semula jadi. Usai pemakaian bedak asas, bentuk wajah dengan pembayang rona gelap diikuti sapuan pipi merah jambu bercahaya.

Mengandung­i kristal pemantul cahaya, ia meningkatk­an kesempurna­an wajah, menjadikan rupa kelihatan segar dan berseri. Lebih menarik, rona ditawarkan

sesuai dengan sebarang warna kulit.

Akhiri solekan dengan krim bibir kemasan pusam premium. Mengandung­i vitamin E dan khasiat sarang lebah, bibir tampak lebih lembap dan segar. Terdapat dalam lima pilihan warna mewah untuk kemasan bibir yang indah dan penuh glamor.

3. Cellise Ionised Honey Serum

Pemakaian serum kini umpama satu kemestian buat wanita. Berbeza dengan produk sedia ada di pasaran, Cellise Asia menawarkan serum organik dan semula jadi pertama di dunia. Ia dihasilkan daripada madu manuka gred MGO400+ dari New Zealand.

Lebih istimewa, serum ini kaya dengan kadar oksigen yang tinggi dan ion negatif yang baik untuk kesihatan serta kecantikan kulit. Ia juga mampu merawat sebarang masalah kulit wajah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia