Harian Metro

PANTANG MENGALAH

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Haiza, Zarul, Ronnie lebar sayap ke bidang lain

Lebih 15 tahun berkecimpu­ng dalam industri hiburan tempatan, pelbagai pengalaman ditempuhi tiga artis berpengala­man iaitu Haiza, Zarul Umbrella dan Ronnie Hussein ini.

Mereka pernah berdepan pengalaman jatuh dan bangun, namun ia sesekali pun tidak membuatkan mereka mengalah. Malah, terus bertahan hingga kini dan muncul sebagai penggiat seni yang disegani atas pengalaman dimiliki.

Zarul, 45, atau sebenarnya Zairulkefl­i Husin memulakan kariernya bersama kumpulan Umbrella pada 1994 dan popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka.

Namun, pada 2000 dia berundur sebagai penyanyi dan bekerja sepenuh masa sebagai pramugara.

Lima tahun lalu, Zarul kembali menyanyi dan namanya kembali memuncak selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza 2016.

Haiza, 37, pula mula menyanyi ketika berusia 16 tahun pada 1995. Sepanjang tempoh itu, wanita yang juga penyam pai radio bernama sebenar Rohaizah Nordin ini tidak pernah berhenti menyanyi selain turut berjinakji­nak dengan bidang lakonan.

Memulakan kerjaya nyanyian bersama kumpulan Sunday sekitar 2000, Shahron Hussein,

37, atau Ronnie menyepi dan menyanyi di kelab dan hotel selepas Sunday gagal mengukuhka­n namanya dalam industri muzik tempatan.

Nama Ronnie kembali popular selepas dia tampil bersama Hyper

Act. Namun, jodohnya dengan kumpulan dari Johor Bahru itu tidak lama apabila timbul konfrantas­i dan Ronnie membuat keputusan untuk muncul solo.

Selain berkaya meletakkan nama kembali dalam industri muzik, mereka turut melebarkan sayap ke bidang lain.

Zarul yang sebelum ini tidak pernah beraksi di depan kamera kini bergelar hero drama dan mula berlakon sepenuh masa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia