Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam UNDERWORLD: BLOOD WARS TV3, 2 petang MISTERI MARIA TV3, 9 malam ANDAINYA TAKDIR 2 EPISOD 3 TV3, 10 malam MAK CUN PI AMERIKA LAGI

Selene terpaksa menyelamat­kan diri apabila darah hibridnya diburu puak Vampire dan Lycan dengan tujuan mahu jadi lebih kebal. Selene juga perlu berjuang menyembuny­ikan anaknya daripada diburu.

Dalam perjalanan, Selene tidak bersendiri­an kerana dibantu David yang pernah diselamatk­annya dan Thomas selaku salah seorang pemimpin majlis lembaga ketua puak Vampire.

Diburu puak Lycan yang diketuai Marius, Selene terpaksa bertarung nyawa sehingga dijemput kembali ke kubu Vampire oleh Semira yang kini menjadi salah seorang ketua dalam majlis lembaga.

Semira menyimpan niat jahat kerana masih berdendam dengan Selena. Dalam pada itu, dia juga dahagakan darah Selene dan gilakan kuasa sebagai pewaris kuasa puak Vampire.

Selene berjaya menyelamat­kan diri dengan bantuan David. Mereka melarikan diri ke utara dan mendapat bantuan puak Nordic Coven.

Bagaimanap­un, puak Lycan berjaya menghidu perjalanan mereka ke utara selepas salah seorang Vampire muda, Alexia yang jatuh cinta dengan Marius mendedahka­n perkara itu.

Pelakon: Kate Beckinsale, Theo James dan Lara Pulver. Ilham baru menamatkan pengajiann­ya di luar negara dan teruja untuk mengambil alih resort milik ibunya.

Pelakon: Zizan Razak, Nadia Shahab dan Mas Khan. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula selepas tiga bulan bercerai. Dia rasa hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah.

Pelakon: Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Mas Khan. Mak Cun dan Manisah berkeras mahu mengikut Maya ke Los Angeles. Satu hari, mereka keluar sendiri apabila Maya tiada di rumah kerana mahu bersiar-siar dan berjumpa artis Hollywood.

Pelakon: Erma Fatima, Umie Aida dan Balkisy Semundur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia