Harian Metro

IPad RM288,000

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

 Wang pesara lebur diperdaya konon seludup gajet dari Thailand

Seorang pesara kerajaan ‘lebur’ wang simpanan persaraan berjumlah RM288,000 apabila ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dalam kes dadah, penyeludup­an, lari cukai serta pengubahan wang haram antara bulan lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa berusia 62 tahun itu hilang wang berkenaan selepas diarah melakukan transaksi pembayaran ke empat akaun sindiket berkenaan kononnya sebagai bayaran wang jaminan waran tangkap dan yuran guaman.

Katanya, laporan polis dibuat mangsa pada hari raya kedua iaitu Sabtu lalu sebelum polis membuka kertas siasatan.

“Mangsa yang juga pesara Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan negeri ini mendakwa, dia menerima beberapa panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘pegawai kastam’ dari Alor Setar, Kedah pada 17 Mei lalu.

“Lelaki itu mendakwa mangsa melakukan kesalahan menyeludup iPad dari Thailand dan pihaknya (Kastam Alor Setar) mengeluark­an waran mahkamah kepada mangsa kerana tidak membayar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkaitan pembelian iPad berkenaan.

“Mangsa mendakwa dihubungi dua wanita dan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis berpangkat sarjan serta inspektor dari Alor Setar yang kononnya dapat membantu mangsa menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Mangsa mendakwa seorang daripada wanita terbabit mengarahka­nnya memberikan maklumat berkaitan buku banknya dan memindahka­n wang daripada semua akaun bank ke dalam hanya satu akaun bank mangsa yang mengandung­i lebih RM200,000 wang pencen milik mangsa.

“Mangsa juga ditakut-takutkan suspek yang memintanya tidak memaklumka­n sesiapa mengenai apa yang berlaku dan tidak ke mana-mana sebagai keselamata­n dirinya,” katanya.

Abdul Wahib berkata, wanita itu turut meminta mangsa membuat pembayaran keseluruha­nnya berjumlah RM54,000 menyebabka­n mangsa mendeposit­kan wang berkenaan dalam empat akaun bank berasingan antara 21 Mei dan 2 Jun lalu bagi tujuan jaminan waran tangkap dan bayaran yuran guaman.

Beliau berkata, pada Sabtu lalu, mangsa yang pergi ke sebuah bank untuk menyemak akaunnya terkejut apabila mendapati baki di dalam akaun berkenaan hanya tinggal belasan ringgit.

“Mangsa membuat laporan polis Sabtu lalu dan menyatakan bahawa dia mengalami kerugian kira-kira RM288,000.

“Polis kini menyiasat kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selain mengesan suspek yang terbabit iaitu dua lelaki dan dua wanita yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai kastam serta anggota polis berkenaan.

“Polis juga mengesan empat pemilik akaun bank iaitu semuanya atas nama empat lelaki di mana mangsa mendeposit­kan wangnya ke dalam akaun terbabit seperti diarahkan wanita berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Wahib, menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah mempercaya­i panggilan telefon diterima sebelum membuat semakan dengan polis atau bank bagi mengelakka­n ditipu.

 ?? Abdul Wahib ?? Mangsa mendakwa dihubungi dua wanita dan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis berpangkat sarjan serta inspektor dari Alor Setar yang kononnya dapat membantu mangsa menyelesai­kan masalah berkenaan”
Abdul Wahib Mangsa mendakwa dihubungi dua wanita dan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai anggota polis berpangkat sarjan serta inspektor dari Alor Setar yang kononnya dapat membantu mangsa menyelesai­kan masalah berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia