Harian Metro

M Bonus Asia jelajah Malaysia

-

Serdang: Sebagai menghargai sokongan hebat pengunjung, Karnival Famili anjuran syarikat M Bonus Asia Sdn Bhd bakal diadakan di semua negeri dalam masa terdekat.

Pengarahny­a, Jackie Bak berkata, pihaknya teruja apabila lebih 10,000 pelawat mengunjung­i karnival itu ketika diadakan selama tiga hari di Mines 2, dekat sini.

Menurutnya, karnival yang diadakan bermula 8 Jun lalu itu juga menarik penyertaan 175 pedagang dari sekitar Lembah Klang dalam perniagaan kedai perabot, barangan elektrik, penapis air, pelanconga­n, jualan kereta, hiasan dalaman dan telefon bimbit.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk peraduan mewarna, kempen menderma darah, kempen kesedaran kanser payudara serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah kereta Perodua Axia, basikal elektrik, televisyen Sharp 50 inci, telefon bimbit pintar dan hamper.

“Syarat menyertai cabutan bertuah, pengunjung hanya perlu berbelanja RM200 untuk melayakkan satu cabutan undi bertuah.

“Saya amat berpuas hati dengan jumlah jualan yang diraih selama tiga hari ini dan berazam untuk menganjurk­an aktiviti ini di semua negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu katanya, MBonus boleh dilayari melalui Aplikasi Mbonus mahupun di laman https://mbonus.asia/.

“Paling istimewa, MBonus menawarkan rebat sehingga 100 peratus kepada ahlinya yang berbelanja dengan pedagang yang berdaftar dengan

web MBonus secara percuma,” katanya.

Hubungi penceramah Mbonus iaitu Winston Phua melalui WhatsApp ke nombor 019-3299923 untuk pertanyaan lanjut.

 ??  ?? PENGUNJUNG bersama basikal elektrik yang dimenangi dalam cabutan bertuah di Mines 2.
PENGUNJUNG bersama basikal elektrik yang dimenangi dalam cabutan bertuah di Mines 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia