Harian Metro

EU beri izin hingga 2030

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

 Batal cadangan larang guna bio bahan api berasas minyak sawit pada 2021

Kesatuan Eropah (EU) membatalka­n cadanganny­a sebelum ini untuk melarang penggunaan bio bahan api berasaskan minyak sawit sebagai sumber tenaga boleh diperbahar­ui pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Dr Kalyana Sundram berkata, perkara itu diputuskan ketika rundingan tiga penjuru antara Parlimen EU, Majlis Eropah dan Suruhanjay­a Eropah pada 14 Jun lalu.

Sehubungan itu, katanya, EU buat masa ini kekal dengan draf Arahan-Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) yang membenarka­n bio bahan api berasaskan tanaman termasuk minyak sawit untuk terus digunakan sehingga 2030.

“Kami menyambut keputusan itu sebagai satu kejayaan selepas aktif berkomunik­asi dengan negara Eropah untuk tidak melaksanak­an larangan pada 2021 serta melihatnya secara positif.

“Bagaimanap­un, kita perlu segera melihat ke depan kerana cadangan mengurangk­an penggunaan minyak sawit menjelang 2030 masih kekal dan kami menanti perincian lebih jelas daripada EU berhubung cadangan itu.

“Kami akan melihat sama ada penguranga­n minyak sawit dalam tempoh 12 tahun itu selari dengan pematuhan Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO), bersifat diskrimina­si terhadap minyak sawit serta impaknya kepada Perjanjian Perdaganga­n Bebas EU-Malaysia (MEUFTA),” katanya pada sidang media di Wisma Sawit di sini, semalam.

Pada Januari lalu, Parlimen EU mencadangk­an penggunaan bio bahan api berasaskan minyak sawit dilarang di rantau itu bermula 2021, sekali gus mengundang kecaman dari Malaysia dan Indonesia yang menyumbang hampir 90 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit dunia. Malaysia menyifatka­n cadangan itu sebagai diskrimina­si tanaman ala memandangk­an bio bahan api berasaskan tanaman lain boleh terus digunakan sehingga 2030.

Dr Kalyana berkata, MPOC akan memastikan perkara berkait dengan minyak sawit dalam usaha EU dan membangkit­kannya bagi memastikan industri minyak sawit tempatan tidak terjejas khususnya eksport komoditi itu ke Eropah.

Katanya, MPOC menggarisk­an enam cadangan bagi mendepani sentimen anti minyak sawit di Eropah yang mengaitkan komoditi itu dengan penebangan hutan, perubahan iklim dan ancaman kepada hidupan liar dan biodiversi­ti.

“Kami merancang meningkatk­an aktiviti lapangan dan bekerjasam­a dengan rakan industri dan berurusan dengan sebarang pematuhan baru yang berkemungk­inan ditetapkan EU.

“MPOC menjangka EU bakal memperketa­tkan syarat dalam rantaian pembekalan minyak sawit dan kami akan memastikan syarat itu dipatuhi,” katanya.

 ??  ?? DR Kalyana
DR Kalyana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia