Harian Metro

Petaka lerai 2 kumpulan

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

 Dua anggota URB dimaki, ditumbuk dan dirempuh dengan kereta di tepi jalan

Tidak cukup dimaki hamun, dua anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) cedera selepas ditumbuk sekumpulan lelaki ketika meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan dalam kejadian di tepi jalan Kampung Kubang Tangga di sini, kelmarin.

Bukan itu saja, seorang daripada mereka berusia 27 tahun turut cedera di paha selepas dirempuh kereta Perodua Axia dalam kejadian jam 3.25 pagi.

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakan setugasnya berusia 26 tahun yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar daerah itu menerima arahan daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk ke kawasan berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam.

Sumber berkata, dua anggota terbabit diminta ke kawasan itu untuk meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan.

“Ketika cuba meleraikan pergaduhan itu, dua anggota terbabit ditumbuk kumpulan berkenaan.

“Bimbang keadaan semakin teruk, mangsa menghubung­i Bilik Gerakan IPD Kuala Terengganu bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa sekali lagi cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku sebelum dia dilanggar sebuah kereta Perodua Axia.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n mangsa cedera di muka dan badan akibat ditumbuk, selain paha akibat dilanggar, manakala rakan setugasnya menanggung kesakitan di dada akibat ditumbuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n penahanan enam individu termasuk wanita berusia 25 tahun.

Katanya, semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Kulim: Seekor lembu jantan yang terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter berhampira­n sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Limau di sini, diselamatk­an anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, lembu terbabit gagal keluar dari longkang berkenaan sebelum disedari orang awam yang kemudian menghubung­i pihak APM.

Pegawai APM Kulim Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3 petang menerusi talian kecemasan 999.

Katanya, selepas menerima panggilan, empat anggota APM bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan.

“Sebaik tiba, seorang lelaki yang membuat panggilan kecemasan memaklumka­n lokasi lembu berkenaan.

“Anggota APM bersama beberapa orang awam lain berusaha membantu lembu terbabit keluar dari longkang itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Fadhil Fahmi berkata, lelaki terbabit ternampak haiwan itu ketika meninjau di kawasan berhampira­n selepas terdengar bunyi haiwan menghadapi masalah.

Katanya, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamat­kan haiwan terbabit.

“Lembu itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumka­n orang awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia