Harian Metro

Penganggur dituduh maki polis

-

Ipoh: Padah memaki hamun pegawai polis wanita dengan perkataan lucah, seorang lelaki yang juga penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lelaki berlagak samseng itu turut didakwa melakukan ugutan jenayah di mahkamah sama terhadap seorang awam susulan berlaku perselisih­an faham akibat kesalahan trafik.

Tertuduh, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 25, didakwa menghina pegawai polis, Norazlina Azmi dengan perkataan lucah di Pejabat Enkuiri Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada jam 6 petang 12 Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Muhammad Noor Faqih yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Thangavelo­o, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n.

Sementara pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Thong Yin Ling pada jam 4.20 petang tarikh dan pejabat sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Noor Faqih diwakili peguam YBGK G Harbhajan Singh dan turut mengaku tidak bersalah serta minta dibicaraka­n.

Pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Zuraidah Mohd Noor di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

 ??  ?? MUHAMMAD Noor
Faqih diiringi anggota polis di pekarangan
mahkamah.
MUHAMMAD Noor Faqih diiringi anggota polis di pekarangan mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia