Harian Metro

Patah 2 gigi ditumbuk mat motor

-

Kepala Batas: Pemandu bas kilang patah dua gigi selepas ditumbuk penunggang motosikal yang berang kerana mangsa didakwa menyebabka­n kemalangan berhampira­n Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 7.30 malam selepas bas dipandu mangsa yang berusia 65 tahun merempuh sebuah Honda Civic.

Menurutnya, ketika kejadian, bas dipandu mangsa mengalami kerosakan brek dan tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit.

“Mangsa memberhent­ikan bas di tepi jalan dan mahu turun sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang terus menumbuk mukanya.

“Lelaki terbabit kemudian terus melarikan diri dengan menunggang motosikal dan mangsa tidak dapat mengecam wajahnya kerana suspek memakai topi keledar,” katanya.

Menurutnya, suspek kemungkina­n berang kerana mendakwa mangsa cuai ketika memandu tanpa mengetahui bas dipandu sebenarnya mengalami kerosakan brek.

“Kita sudah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di plaza tol terbabit, namun tidak nampak kerana kejadian berlaku kira-kira 300 meter dari plaza berkenaan.

“Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil memberi maklumat di balai polis berhampira­n bagi memudahkan siasatan,” katanya.

 ??  ?? Noorzainy
Noorzainy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia