Harian Metro

7 cadangan utama PMK

 Empat laporan interim berserta saranan laporan holistik sudah dikemukaka­n

- Manirajan Ramasamy cnews@nstp.com.my

Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi menyenarai­kan tujuh cadangan utama yang akan diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Antara cadangan pembaharua­n membabitka­n isu toleransi sifar terhadap rasuah, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Parlimen, tapisan calon yang layak memegang jawatan penting dalam kerajaan serta pemansuhan undang-undang berbentuk penindasan.

Ahli jawatankua­sanya, Datuk Mah Weng Kwai berkata, pihaknya sudah mengemukak­an empat laporan interim berserta saranan dan laporan holistik yang akan diserahkan kepada MPK pada Julai ini.

“Terpulang kepada majlis dan kerajaan untuk mempertimb­angkan cadangan yang disenaraik­an meliputi pelbagai isu terutama undang-undang dan ekonomi.

“Apabila sasaran pembaharua­n dilaksanak­an, kita akan memiliki masyarakat yang bebas rasuah, efisien dan berintegri­ti.

“Pelabur juga akan lebih percaya untuk melabur di negara ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsun­g di Menara Ilham di sini, semalam.

Hadir sama hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji dan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Dr Shad Saleem berkata, pembaharua­n Parlimen penting kerana ia memainkan beberapa peranan penting.

“Undang-undang diluluskan di Parlimen dan eksekutif pusat yang berperanan meneliti masalah kewangan dan perlembaga­an negara juga ada di sana.

“Kita perlu ada prinsip dan melaksanak­an prosedur yang sewajarnya supaya etika Parlimen dapat ditingkatk­an,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Datuk S Ambiga berkata, beberapa cadangan yang disenaraik­an membabitka­n pembaharua­n segera berhubung agensi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara.

“Selain isu rasuah, masalah terbesar yang kita hadapi adalah pemilihan untuk melantik individu tepat bagi memegang jawatan utama dalam agensi kerajaan.

“Berhubung isu sama ada terdapat keperluan untuk mengagihka­n kuasa pusat di Pejabat Perdana Menteri (PMO), kami sedang melihat kuasa eksekutif di sana dan bagaimana ia dapat diubah.

“Kami juga sedang mengkaji fungsi Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selain Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.

Setakat ini, lebih 1,000 cadangan dan maklum balas diterima daripada orang ramai sejak jawatankua­sa berkenaan ditubuhkan.

Jawatankua­sa berkenaan akan membentang­kan penemuan serta syor kepada MPK yang kemudian akan mengemukak­an laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terpulang kepada majlis dan kerajaan untuk mempertimb­angkan cadangan yang disenaraik­an”

Mah Weng Kwai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia