Harian Metro

Pinda Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa meminda Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 dengan memasukkan hukuman penjara mandatori kepada individu yang memburu hidupan liar secara haram serta menyimpan bangkainya.

Aktivis haiwan, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, akta yang mula berkuat kuasa pada Disember 2010 itu dilihat masih gagal untuk menghalang pemburu haram daripada menangkap haiwan liar, khususnya dengan menggunaka­n teknik dan kaedah yang kejam.

“Saya difahamkan, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pernah mencadangk­an pindaan akta ini supaya pemburu haram didakwa sewajarnya mengikut undang-undang.

“Cadangan pindaan itu akan meletakkan hukuman lebih berat serta memperkena­lkan tempoh minimum pemenjaraa­n, yang mana tidak ada dalam akta berkenaan ketika ini,” katanya pada kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan eksklusif NST semalam mengenai kekejaman pemburu haram warga asing yang menggunaka­n jerat wayar hingga mendatangk­an kecederaan dan kematian yang perlahan kepada haiwan liar di Pahang.

Menurut laporan itu, PERHILITAN menemui beberapa haiwan yang cedera dan hilang anggota badan akibat terkena jerat wayar yang dipasang pemburu haram.

Lam Thye berkata, pihak berkuasa perlu lebih proaktif menghalang urusan jual beli membabitka­n haiwan terancam menerusi perundanga­n tempatan dan antarabang­sa yang lebih berkesan, selain meningkatk­an kerjasama bagi membantera­s sindiket pemburuan haram di seluruh negara.

Beliau turut menggesa penggunaan teknologi terkini termasuk dron, penderiaan jauh (remote sensing) dan kamera untuk mengatasi isu pemburuan haram serta aktiviti penyeludup­an di seluruh negara.

“Sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan tidak boleh diterima dan kita perlu menjaga mereka yang juga ada hak untuk hidup.

“Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dengan melaporkan jenayah hidupan liar dengan menghubung­i PERHILITAN di talian 1-800-88-5151 atau Jenayah Hidupan Liar di talian 019-3564194,” katanya.

 ??  ?? LEE Lam Thye
LEE Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia