Harian Metro

SPRM siasat FINAS

-

Putrajaya: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKKM) tidak akan berkomprom­i dalam sebarang perkara yang membabitka­n elemen rasuah, ketirisan atau salah guna kuasa dalam mana-mana agensi atau jabatan di bawah bidang kuasanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan ruang sepenuhnya untuk menjalanka­n siasatan ke atas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berhubung beberapa peruntukan terhadap badan itu yang dipertikai­kan sebelum ini.

Beliau berkata, SPRM mengesahka­n bahawa pegawai suruhanjay­a itu sudah hadir di ibu pejabat FINAS bagi tujuan itu pada 7 Jun lalu.

“Perkara membabitka­n elemen rasuah, ketirisan atau salah guna kuasa dalam industri kreatif negara kita, jika ada boleh melemahkan persaingan sihat yang perlu bagi mengembang­kan industri berkenaan dan melumpuhka­n perkembang­an industri secara keseluruha­n.

“Jadi, jika siasatan menunjukka­n wujud sebarang elemen ini, tindakan perlu diambil secara undang-undang atau secara dalaman bagi menangani perkara ini dengan serta-merta,” katanya pada kenyataan, semalam.

Beliau berharap siasatan itu juga akan melihat secara mendalam kepada atur cara dalam mana-mana peruntukan FINAS yang digunakan pada masa lalu.

“Jika didapati wujud sebarang kelemahan atau kekurangan, cadangan bagi memperkuku­hkannya harus dikemukaka­n untuk pertimbang­an kementeria­n,” katanya.

 ??  ?? GOBIND Singh
GOBIND Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia