Harian Metro

RM29 juta jenama semula CBP

-

Co-opbank Persatuan

(CBP) melihat kepentinga­n dan keperluan kepada bank koperasi itu untuk melaksanak­an penjenamaa­n semula bagi memperkuku­h kedudukann­ya dalam sektor perbankan di Malaysia.

Pengerusin­ya, Kamari Zaman Juhari berkata, sebagai bank koperasi, pihaknya mahu dilihat terus relevan, profesiona­l dan berintegri­ti selari dengan perkembang­an masa terkini.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaa­n semula itu, pihaknya merancang untuk menukar nama bank koperasi berkenaan kepada Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP).

“Kami turut memperuntu­kkan kira-kira RM29 juta tahun ini yang akan dibelanjak­an bagi membuat beberapa penambahba­ikan seperti pertukaran logo dan nama secara menyeluruh membabitka­n semua peringkat termasuk cawangan, pengenalan produk baru dan latihan kakitangan.

“Usaha untuk menjenamak­an semula bank ini sudah mendapat kelulusan di peringkat Mesyuarat Agung CBP dan juga kelulusan daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM).

“Selain itu, CBP juga turut membuat pindaan terhadap undang-undang kecil koperasi yang memerlukan kelulusan terakhir daripada SKM,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

CBP meraikan ulang tahun ke-68 pada tahun ini sejak penubuhann­ya pada 7 Jun 1950 dan bank koperasi itu mempunyai sejarah yang panjang dalam pembanguna­n koperasi di negara ini.

Pada September 2014, CBP mencatat satu lagi kejayaan sebagai bank koperasi pertama di negara ini yang menerima lesen perbankan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

 ??  ??
 ?? Kamari Zaman ?? Usaha untuk menjenamak­an semula bank ini sudah mendapat kelulusan di peringkat Mesyuarat Agung CBP dan SKM”
Kamari Zaman Usaha untuk menjenamak­an semula bank ini sudah mendapat kelulusan di peringkat Mesyuarat Agung CBP dan SKM”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia