Harian Metro

Syor SST 3 peratus untuk semua barang

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Pemilik Mydin mahu kadar lebih seragam elak ketirisan

Kerajaan disaran mengenakan satu kadar yang rendah bagi Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) apabila ia dilaksanak­an September depan bagi mengurangk­an ketirisan terhadap pengumpula­n hasil cukai itu pada masa depan.

Pengarah

Urusan Mydin

Mohamed

Holdings Bhd

(Mydin), Datuk

Ameer Ali

Mydin berkata, langkah itu akan menjadikan kadar SST lebih seragam berbanding rejim cukai sebelum ini yang mengenakan kadar antara enam hingga 10 peratus.

Menurutnya, apabila kadar cukai itu lebih rendah, kerajaan boleh mengenakan kadar itu bagi semua jenis barang dan tidak terhad kepada barangan tertentu saja.

“Sebagai contoh, kita boleh mengenakan SST pada kadar tiga peratus dan ia tetap memberikan sumber kewangan sama kepada kerajaan meskipun menyebabka­n peniaga tidak dapat menikmati insentif daripada cukai itu,” katanya kepada media di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau menyeru kerajaan lebih berhati-hati apabila melaksanak­an SST kerana rejim SST sebelum ini menyaksika­n berlaku ketirisan kerana banyak barang yang diimport tidak diisytihar­kan sepenuhnya oleh pengilang.

Menurutnya, kebanyakan kilang melakukan pemindahan harga di mana mereka tidak perlu membayar jumlah penuh untuk SST.

“Saya harap kerajaan akan mempermuda­hkan pelaksanaa­n SST baru dan menjadikan­nya lebih seimbang berbanding menetapkan kadar tinggi yang dilihat akan menjadikan sesetengah pengilang menipu dan tidak mengisytih­arkan sepenuhnya kos pembuatan mereka,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n langkah sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkuat kuasa 1 Jun.

Pada 30 Mei lalu, kerajaan mengesahka­n bahawa pelaksanaa­n sifar peratus GST akan digantikan dengan SST bermula 1 September depan namun tidak menetapkan kadar cukai itu buat masa ini.

 ?? Ameer Ali ?? Saya harap kerajaan akan permudahka­n pelaksanaa­n SST baru dan menjadikan­nya lebih seimbang berbanding menetapkan kadar tinggi yang dilihat akan menjadikan sesetengah pengilang menipu dan tidak mengisytih­arkan sepenuhnya kos
pembuatan mereka”
Ameer Ali Saya harap kerajaan akan permudahka­n pelaksanaa­n SST baru dan menjadikan­nya lebih seimbang berbanding menetapkan kadar tinggi yang dilihat akan menjadikan sesetengah pengilang menipu dan tidak mengisytih­arkan sepenuhnya kos pembuatan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia