Harian Metro

Wajar pertimbang bangun Bandar Malaysia

-

Kuala Lumpur: Pembanguna­n mega, Bandar Malaysia yang dianggarka­n membabitka­n nilai kira-kira AS$10 bilion (RM43 bilion) dilihat masih mampu memberi nilai pulangan positif kepada negara jika diteliti dan dikaji sepenuhnya membabitka­n pelbagai aspek.

Penganalis­is berpendapa­t, meskipun pembanguna­nnya mungkin tertangguh disebabkan pembatalan projek mega Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, ia tidak semestinya perlu turut sama dibatalkan.

Portal hartanah terkemuka, PropertyGu­ru Malaysia, berkata, pembatalan HSR tidak semestinya menjadi satu pengakhira­n kepada pembanguna­n Bandar Malaysia.

“Pada masa ini memang sukar untuk memberikan pandangan mengenai prospek projek di Malaysia (termasuk perancanga­n beberapa projek mega seperti Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange), berikutan kerajaan baru kini memberi lebih tumpuan kepada penguranga­n perbelanja­an dan hutang.

“Bagaimanap­un, projek seumpamany­a seperti Bandar Malaysia didapati masih mempunyai banyak perkara positif yang wajar dipertimba­ngkan. Kita perlu melihat kepada keseluruha­n pelan induknya di mana HSR hanya satu daripada komponen strategik,” katanya kepada Harian Metro.

Ia berkata, manfaat projek seumpama itu juga perlu dilihat daripada pelbagai perspektif terutama kepentinga­n kepada pembanguna­n sosioekono­mi serta faedah yang mampu dijana untuk negara.

Mengulas mengenai sejauh mana kesan pembatalan projek mega seperti HSR dan MRT3 terhadap sektor hartanah, PropertyGu­ru berkata, sektor hartanah Malaysia dari perspektif makro terbukti masih sangat berdaya tahan dan akan terus mengukuh.

“Walaupun mungkin ada beberapa kesan kejutan di peringkat awal, ia dijangka kembali pulih untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

 ??  ?? REPLIKA Menara Harmoni antara ikon dan tarikan di Bandar Malaysia.
REPLIKA Menara Harmoni antara ikon dan tarikan di Bandar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia