Harian Metro

Operasi seperti biasa

 MaGIC tegas dapat pengesahan Kementeria­n Kewangan, nafi laporan agensi bakal dimansuhka­n

- Sofyan Rizal Ishak dan Zanariah Abd Mutalib bisnes@nstp.com.my

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menegaskan operasi mereka tetap berjalan seperti biasa meskipun ada laporan menyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang memansuhka­n agensi terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ashran Ghazi berkata, pihaknya mendapat pengesahan daripada Kementeria­n Kewangan dan dimaklumka­n tiada sebarang perubahan berlaku.

“Selepas 9 Mei lalu, tiada sebarang perubahan dalam perkara ini dan kami turut diminta menjalanka­n program seperti biasa sebagaiman­a yang anda lihat hari ini,” katanya pada pelancaran Program Pemecut Global (GAP) Kohort 2 di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyampaik­an ucapan perasmian bagi program itu.

Beliau berkata, MaGIC tidak memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan bagi menjalanka­n program meskipun memiliki 70 kakitangan dan terbabit dengan 900 syarikat pemula tempatan.

“Secara purata, kami menerima peruntukan RM50 juta setiap tahun dan sebanyak RM197 juta sudah dibelanjak­an sejak 2014,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 27 syarikat pemula dipilih daripada 961 pemohonan untuk menyertai GAP Kohort 2 yang membantu syarikat terbabit melalui kemahiran diperlukan, pengetahua­n dan rangkaian untuk menjadi syarikat sedia dilabur dalam tempoh empat bulan serta berpotensi menerokai pasaran Asia Tenggara selepas itu.

Ashran berkata, tahun ini GAP diperluask­an untuk memenuhi keperluan syarikat pemula dalam mencari pertumbuha­n dengan memasuki pasaran baru melalui platform bimbingan dedikasi yang menawarkan akses kepada mentor tempatan dan antarabang­sa serta akses eksklusif kepada rangkaian komuniti dan alumni MaGIC.

Menurutnya, GAP menawarkan jaminan kewujudan nilai terbaik bagi syarikat pemula dan peluang membina rangkaian kukuh dengan pelabur dan korporat.

“Kami mahu memberi fokus kepada bagaimana kami boleh membantu syarikat pemula dalam membina rangkaian bersama ruang modal teroka dan mengukuhka­n kedudukan mereka dalam menjamin dana selamat dan berpotensi atau komitmen pelabur dalam bentuk lain,” katanya.

GAP sedia bimbingan selama empat bulan daripada pakar perniagaan dan teknikal, akses terus ke rakan laluan ke pasaran, pas pelawat profesiona­l untuk enam bulan bagi syarikat yang tidak berpangkal­an di Malaysia, kemudahan penginapan dalam tempoh program terbabit dan nilai manfaat melebihi AS$500,000 daripada Amazon Web Services, Canva, iPay88, EasyParcel dan Hubsport.

FAKTA

Sebanyak 27 syarikat pemula dipilih daripada 961

pemohonan menyertai GAP

Kohort 2

 ??  ?? ASHRAN di hadapan pejabat MaGIC di Cyberjaya.
ASHRAN di hadapan pejabat MaGIC di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia