Harian Metro

Transaksi e-Duit Raya RM2.7 juta

-

Kuala Lumpur: Maybank menjangka peningkata­n sebanyak 100 peratus pada nilai transaksi e-Duit Raya tahun ini iaitu kepada RM2.7 juta berbanding RM1.3 juta berbanding tahun lalu.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Maybank Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan berkata, e-Duit Raya, e-Ang Pow dan DeepaMONEY kini menjadi perkhidmat­an popular yang dicari pengguna aplikasi Maybank untuk menghantar hadiah tunai kepada yang tersayang sempena musim perayaan.

Katanya, Maybank mula memperkena­lkan perkhidmat­an terbabit pada 2015 dan mencatatka­n lebih 8,600 transaksi tanpa tunai sempena perayaan.

“Sejak itu, kaedah pemberian tunai elektronik ini mendapat momentum luar biasa, meningkat tiga kali ganda dari segi bilangan transaksi.

“Pada 2017, lebih 30,000 transaksi e-tunai dibuat pelanggan kami,” katanya.

Hamirullah berkata, pihaknya turut memperkena­lkan My Raya QR bagi pembayaran yang lebih pantas.

“Pengenalan ciri My Raya QR ini dijangka menarik lebih ramai orang menggunaka­n perkhidmat­an e-Duit Raya kerana mudah dan pantas,” katanya.

Perkhidmat­an e-Duit Raya membolehka­n pelanggan menghantar sehingga 10 hadiah tunai sekali gus kepada penerima dengan hanya menggunaka­n nombor telefon bimbit mereka.

Pelanggan boleh menghantar sehingga RM5,000 sehari melalui perkhidmat­an e-Duit Raya yang boleh didapati di aplikasi dan laman web Maybank.

Maybank memperkena­lkan ciri permainan dalam aplikasi Raya Ride tahun ini.

Raya Ride memerlukan pemain mengawal kenderaan direka peribadi di atas jalan dan mengelak halangan bagi memperoleh­i mata.

e-Duit Raya dan permainan Raya Ride Maybank boleh didapati mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018.

 ??  ?? HAMIRULLAH
HAMIRULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia