Harian Metro

Maut kena hempap

- AFP

 Jumlah korban gempa bumi di Jepun meningkat

Dua mangsa menjadi korban terbaru gempa bumi di bandar ini kelmarin sekali gus menjadikan bilangan penduduk yang maut kini lima orang, manakala lebih 380 lagi cedera.

Pihak berkuasa berkata, seorang wanita berusia 82 tahun ditemui mati semalam selepas terperangk­ap di bawah laci pakaian yang tumbang di rumahnya.

Seorang lagi lelaki berusia 66 tahun pula ditemui maut akibat ditimpa timbunan buku dan cakera padat di rumahnya.

“Setakat ini, kita mengesahka­n lima orang dilaporkan mati, manakala 381 lagi cedera.

“Kerajaan akan terus berusaha untuk menyelamat­kan mangsa yang masih terperangk­ap,” kata jurucakap tertinggi kerajaan, Yoshihide Suga kepada pemberita semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa akan melakukan apa yang mampu untuk memulihkan semula bekalan gas dan air yang terjejas akibat gempa.

Mangsa lain yang dilaporkan maut ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dihempap tembok sekolahnya ketika gegaran 5.3 magnitud berlaku.

Dua lagi mangsa ialah warga emas berusia 80 tahun yang ditimpa dinding runtuh, manakala seorang lagi yang berusia 84 tahun maut dihempap rak buku di rumahnya.

Agensi Meteorolog­i Jepun turut mengeluark­an amaran hujan lebat sehingga hari ini yang kemungkina­n menyebabka­n berlaku tanah runtuh.

“Biasanya kita tidak mengeluark­an amaran dengan tahap hujan ini tetapi selepas berlaku gempa ia boleh menyebabka­n tanah runtuh, banjir serta limpahan air sungai,” kata jurucakapn­ya, Masakatsu Oya kepada AFP.

Pihak berkuasa mengeluark­an amaran kemungkina­n berlaku gegaran susulan yang kuat dalam tempoh terdekat.

FAKTA

Agensi Meteorolog­i Jepun keluarkan amaran

hujan lebat sehingga hari ini

 ??  ?? PENDUDUK melihat sebuah rumah yang musnah di Ibaraki, utara Osaka akibat gempa bumi kelmarin. - AFP
PENDUDUK melihat sebuah rumah yang musnah di Ibaraki, utara Osaka akibat gempa bumi kelmarin. - AFP
 ??  ?? PENDUDUK berbaris untuk mendapatka­n bekalan air bersih di sebuah sekolah di Takatsuki, Osaka. - AFP
PENDUDUK berbaris untuk mendapatka­n bekalan air bersih di sebuah sekolah di Takatsuki, Osaka. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia