Harian Metro

Arab Saudi catat 23 kes MERS

-

Geneva: Seramai 23 orang maut di Arab Saudi kerana terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) antara 21 Januari hingga 31 Mac tahun ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bilangan korban itu adalah antara 75 kes MERS coronaviru­s (MERS-CoV) disahkan makmal dalam tempoh itu menjadikan angka kematian keseluruha­n penyakit itu kepada 790 sejak mula dikesan menjangkit­i manusia pada 2012, kata agensi itu kelmarin.

Ia juga menjadikan angka kes yang disahkan kepada 2,220 sejak September 2012 dengan 1,844 bertempat di Arab Saudi.

Dalam satu tempoh jangkitan pada Februari lalu, di sebuah hospital swasta di wilayah Hafer Albatin, seorang pesakit menyebarka­n MERS kepada tiga pekerja kesihatan.

Dalam bulan yang sama, enam lagi kes dilaporkan di sebuah hospital di Riyadh meskipun tiada pekerja kesihatan yang dijangkiti.

Dua lagi kawasan jangkitan membabitka­n kota Jeddah dan Najran, membabitka­n beberapa rumah penduduk.

MERS-CoV adalah satu rangkaian virus meliputi selesema hingga sindrom pernafasan akut serius (SARS) dan mula dikesan pada orang ramai di Arab Saudi pada 2012 meskipun mulanya dikesan pada unta, punca jangkitan, sejak

1983.

Simpton penyakit itu sukar dikesan, sebahagian­nya kerana ia menjangkit­i mangsa yang menghidap sakit lain termasuk kencing manis, masalah buah pinggang atau jantung.

Bagaimanap­un, ia membunuh seorang setiap tiga orang yang dijangkiti dan pekerja hospital paling berisiko kecuali ia dapat dikesan lebih awal. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia