Harian Metro

Karam dalam tasik

- AFP

 Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa feri terbalik di Danau Toba

Pasukan penyelamat semalam meneruskan usaha mencari puluhan penumpang sebuah feri yang karam di tasik Danau Toba di Sumatera Utara kelmarin dengan ahli keluarga masih berharap ada mangsa yang ditemui selamat.

Pihak berkuasa memberitah­u, kapal yang diperbuat daripada kayu itu karam pada petang kelmarin dan ia dilaporkan membawa kira-kira 80 penumpang.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa ditemui maut manakala 18 lagi berjaya diselamatk­an.

Pegawai berkata, berpuluh-puluh masih masih hilang, sehari selepas kemalangan itu.

Tambahnya, seramai 130 orang dilaporkan hilang oleh ahli keluarga di kawasan itu tetapi tidak jelas sama ada mereka semua menaiki feri berkenaan.

Feri itu dipercayai beroperasi secara haram dan ia juga tidak mempunyai senarai penumpang atau tiket.

Tidak dipastikan sekiranya ada pelancong asing dalam feri berkenaan kerana Danau Toba adalah antara destinasi pelancong popular di Indonesia.

Seorang mangsa yang selamat, Rahman Saputra berkata, feri itu mula berdepan masalah kira-kira separuh pelayaran selama 40 minit dari sebuah pulau di tengah tasik itu menuju ke daratan.

“Tiba-tiba ombak semakin kuat dan angin bertiup kencang. Tidak lama selepas itu feri mula bergoyang dan terbalik.

“Ramai yang cuba keluar tetapi ramai yang terperangk­ap di dalam feri,” katanya kepada Kompas TV.

Seorang lagi mangsa, Juwita menunggu dengan penuh harapan selepas anak lelakinya hilang dalam kemalangan itu.

“Ia berlaku dengan begitu pantas. Saya mahu mencapai anak saya tetapi gagal kerana ada tiga penumpang lain yang menghempap­nya,” ujarnya sedih.

Danau Toba adalah tasik besar yang terbentuk daripada kawah gunung berapi super yang meletus kira-kira berpuluh-puluh ribu tahun dahulu.

Ia mempunyai keluasan kira-kira 1,145 kilometer persegi dan antara tasik paling dalam di dunia.

 ??  ?? ANGGOTA mencari dan menyelamat semalam meneruskan usaha mencari puluhan mangsa yang hilang selepas feri dinaiki mereka karam
di tasik Danau Toba kelmarin. - EPA SEORANG wanita berdoa untuk anak lelakinya yang hilang ketika pasukan penyelamat...
ANGGOTA mencari dan menyelamat semalam meneruskan usaha mencari puluhan mangsa yang hilang selepas feri dinaiki mereka karam di tasik Danau Toba kelmarin. - EPA SEORANG wanita berdoa untuk anak lelakinya yang hilang ketika pasukan penyelamat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia