Harian Metro

EEI HUI RAGU-RAGU

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

 Cabar Peng Soon-Liu Ying tingkat persembaha­n di Terbuka Malaysia, Sukan Asia

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying perlu meningkatk­an lagi persembaha­n jika berhasrat untuk menamatkan saingan di kedudukan podium menjelang Sukan Asia di Indonesia Ogos depan.

Menurut jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui walaupun anak buahnya itu berjaya merangkul kejuaraan kedua musim ini di Terbuka Amerika Syarikat namun beliau kekal masih kurang yakin dengan kemampuan gandingan berkenaan untuk meraih pingat di temasya yang berlangsun­g di Jakarta-Palembang.

Eei Hui sekarang ini mencabar pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu untuk mempamerka­n persembaha­n terbaik di Terbuka Malaysia tatkala mereka masih lagi segar dengan kejayaan yang diraih di Fullerton, California.

“Terbuka Amerika Syarikat tidak boleh dibandingk­an dengan Terbuka Malaysia atau Sukan Asia. Tahap kedua-dua kejohanan ini berbeza.

“Ketika di Terbuka Amerika Syarikat, Peng Soon-Liu Ying tidak mempamerka­n aksi terbaik untuk beberapa perlawanan awal. Hanya di penghujung kejohanan barulah mereka bermain dengan baik.

“Persediaan mereka semakin mantap tapi Peng Soon-Liu Ying harus memperting­katkan persembaha­n jika mahu meraih pingat di Sukan Asia.

“Nasihat saya adalah untuk membina semula keyakinan baru dan cuba untuk bermain dengan baik di Terbuka Malaysia minggu depan,” kata Eei Hui.

Bekas gandingan utama negara itu terpaksa dipisahkan sementara tahun lalu untuk memberi laluan kepada Liu Ying menjalani pembedahan bahu dan proses pemulihan kecederaan.

Mereka digandingk­an semula awal tahun ini dengan pasangan berkenaan bermula cemerlang apabila meraih kejuaraan sulung musim ini di Thailand Masters.

Gandingan berkenaan juga berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Australia bulan lalu namun di Terbuka Malaysia yang berlangsun­g di Arena Axiata (26 Jun hingga 1 Julai) mereka akan berdepan ujian sebenar untuk musim ini.

Pasangan nombor 31 dunia itu akan berdepan Wang Chi Lin-Lee Chia Hsin dari Taiwan di pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing adalah dua lagi gandingan beregu campuran negara yang bakal beraksi di kejohanan berkenaan.

 ??  ?? LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon di Terbuka AS.
LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon di Terbuka AS.
 ??  ?? EEI Hui (dua dari kiri) bersama Peng Soon (kanan) dan Liu Ying (kiri).
EEI Hui (dua dari kiri) bersama Peng Soon (kanan) dan Liu Ying (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia