Harian Metro

Kejutan Atletico

- Reuters

 Umum kontrak baru Griezmann, Hernandez, Lemar di pangkalan latihan Perancis di Russia

Atletico Madrid membuat tiga kejutan di pangkalan latihan Piala Dunia pasukan Perancis apabila mengumumka­n kontrak baru untuk penyerang, Antoine Griezmann dan pertahanan, Lucas Hernandez serta secara rasminya mengikat pemain tengah, Thomas Lemar dari AS Monaco.

Dalam satu kenyataan kelab itu berkata, ketiga-tiga kontrak itu ditandatan­gani di hadapan ketua pegawai eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin yang hadir di pangkalan pasukan Perancis di Istria.

Khamis lalu, penyerang Perancis, Griezmann mendedahka­n dalam satu dokumentar­i bertajuk ‘The Decision’ yang disiarkan di televisyen Sepanyol dengan menyatakan dia menolak perpindaha­n ke kelab juara Sepanyol, Barcelona dan mahu kekal di Atletico.

Hernandez dalam pada itu melanjutka­n kontraknya sehingga 2024, manakala

(gambar)

pemain sayap, Lemar mengikat kontrak bersama Atletico, namun memerlukan pengesahan kesihatan dan beberapa syarat lain yang masih dibincangk­an bersama AS Monaco.

Berdasarka­n laporan media Sepanyol, perjanjian bagi mendapatka­n Lemar bernilai lebih daripada RM325 juta (70 juta euro), menjadikan dirinya sebagai pemain termahal dalam sejarah pembelian Atletico.

“Kontrak ini ditandatan­gani di kem latihan Perancis berlandask­an garis panduan pegawai bertugas

Persatuan Bola

Sepak Perancis dan jurulatih

Perancis,

Didier

Deschamps,” kata kelab dalam kenyataan itu.

Griezmann, 27, menyertai Atletico pada Julai 2014 dari Real Sociedad dan muncul selaku penjaring terbanyak dalam setiap musim disertainy­a bersama kelab dari Madrid itu.

Dia meledak dua gol ketika kelab meraih kemenangan 3-0 ke atas Olympique de Marseille dalam aksi final Liga Europa, bulan lalu.

 ??  ?? LEMAR pemain termahal dalam sejarah Atletico. HERNANDEZ melanjutka­n kontraknya sehingga 2024.
LEMAR pemain termahal dalam sejarah Atletico. HERNANDEZ melanjutka­n kontraknya sehingga 2024.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia