Harian Metro

Selamat mendarat

- AFP

Pesawat yang membawa pasukan Piala Dunia Arab Saudi mengalami kebakaran di bahagian enjin ketika dalam perjalanan ke Rostov-on-Don untuk perlawanan seterusnya, kata Persekutua­n Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Bagaimanap­un, pesawat itu selamat mendarat dengan salah seorang pemain Saudi menggelar Moscow: Sekumpulan peminat Piala Dunia Switzerlan­d menempah hotel di bandar Russia yang salah, apabila mereka keliru dengan Rostov-on-Don di mana Switzerlan­d dijadual bertemu dengan Brazil pada Ahad lalu dengan Rostov Veliky yang terletak 1,281 kilometer dari bandar berkenaan.

Media Russia melaporkan peminat itu menelefon polis apabila mereka tidak dapat menemui hotel terbabit, sementara mencari nama jalan yang serupa di ibu negeri Piala Dunia.

“Pelancong asing yang menyokong Switzerlan­d menelefon kami dan berkata mereka sedang mencari sebuah hotel,” kata polis tempatan dalam satu kenyataann­ya.

“Penterjema­h kami memberitah­u yang mereka keliru dalam kesukaran untuk menterjema­h nama tempat di Russia dan apa yang mereka tempah adalah insiden berkenaan sebagai ‘kerosakan kecil.’

“Ia adalah kebakaran kecil di bahagian enjin. Enjin di sebelah kanan tetapi pesawat mendarat dengan selamat,” kata presiden persatuan Ahmad Al Harbi kepada saluran TV sukan Saudi, KSA.

Salah seorang pemain Saudi, Hatan Bahbir berkata menerusi video dalam akaun persekutua­n: “Kami selamat mendarat dan kami semua baik ... ia adalah kerosakan kecil.”

Di dalam video itu juga, seseorang di luar kamera bertanya adakah dia berasa takut, dan dia menjawab: “Sudah tentu kami terasa sedikit takut, syukur Alhamdulil­lah.”

SAFF dalam satu kenyataan berkata, mereka ‘ingin mengesahka­n yang semua pemain kebangsaan Saudi selamat, selepas kegagalan teknikal dalam salah satu enjin pesawat yang baru mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don dan kini mereka menuju ke kediaman dengan selamat.’

Pasukan itu berlepas ke Rostov-on-Don untuk perlawanan kedua menentang Uruguay selepas dikalahkan Russia 5-0 pada perlawanan pembukaan kejohanan.

 Pesawat bawa pemain Arab Saudi ke Rostov-on-Don alami kebakaran kecil

 ??  ?? PESAWAT yang membawa pemain Arab Saudi selamat mendarat.
PESAWAT yang membawa pemain Arab Saudi selamat mendarat.
 ??  ?? PEMINAT Switzerlan­d tekun menyaksika­n perlawanan dengan Brazil.
PEMINAT Switzerlan­d tekun menyaksika­n perlawanan dengan Brazil.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia