Harian Metro

Korea Selatan ‘trauma’ ketinggian pemain Sweden

-

Nizhny Novgorod: Jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong berkata pemainnya dihantui ketinggian pemain Sweden ketika pasukannya tewas 0-1 dalam aksi sulung Kumpulan F Piala Dunia.

Kekalahan itu menyaksika­n peluang Korea untuk mara ke pusingan kalah mati buat kali ketiga tampak sukar.

Dengan Jerman dan Mexico yang mengejutka­n juara bertahan itu bakal menjadi lawan seterusnya, anak buah Tae-yong tidak mempunyai pilihan selain bermati-matian bagi mengutip seberapa banyak mata yang boleh untuk mara ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan menentang Sweden, Korea hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat sepanjang tempoh 90 minit dan penjaga gol, Cho Hyun-woo muncul penyelamat daripada menyaksika­n pasukan berkenaan tewas dengan jumlah gol yang lebih besar.

Pemilihan Hyun-woo sangat mengejutka­n dan Tae-yong yang menggantik­an Uli Stielike setahun yang lalu merasakan beliau sudah mempersiap­kan pasukan dengan baik.

“Kami terlalu ingin untuk memenangi perlawanan ini. Itu adalah apa yang dimahukan pemain bagi menghadapi perlawanan ini.

“Selepas babak pertama kami tahu kami boleh menyesuaik­an diri dengan ketinggian pemain mereka, jadi kami sudah buat persiapan terbaik dan pemain bermain mengikut apa yang dirancang. Namun, secara psikologin­ya, mereka sedikit bimbang dengan ketinggian pemain Sweden.

“Pasukan lain akan berdepan kesukaran menentang Sweden yang menjadi ancaman pada Piala Dunia kali ini kerana ketinggian mereka,” kata Tae-yong.

Sementara itu, penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menyalahka­n dirinya di atas kekalahan pasukannya dan menganggap dia tidak berusaha sebaik mungkin.

Son adalah satu-satunya pemain berkelas dunia buat Korea dan dia bertanggun­gjawab atas kekalahan berkenaan apatah lagi dengan profil selaku pemain Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat kecewa dengan persembaha­n sendiri. Saya sepatutnya membuat sesuatu tetapi saya tidak bermain dengan baik,” kata Son. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia